Belajar Forex | no. 1 : Apakah Itu Forex

Apa itu Forex, “Forex” ialah short form dari perkataan Foreign Exchange iaitu pertukaran matawang asing. contohnya, korang mahu melancong ke amerika syarikat sudah tentu korang memerlukan matawang USD. korang ke money changer dan menukarkan wang dalam bentuk RM ke US Dolar. Maka pertukaran matawang inilah dipanggil Foreign Exhange (forex).

Forex melibatkan pertukaran 2 matawang. 1 matawang tidak akan terjadi Foreign Exchange.

Matawang yang sering dan popular diniagakan ialah:

  • EUR/USD (beli EURO jual USD)
  • GBP/USD (beli GBL jual USD)

EUR = matawang Euro

USD = matawang US dollar

GBP = matawang Pound sterling

dan banyak lagi matawang yang dipanggil major pair iaitu pair yang dibelakangnya ialah USD.

Dalam forex, nilai (modal) kita dikira sebagai USD dalam akaun forex. bila anda Buy EUR/USD ia sebenarnya bermaksud anda tukar USD anda dengan matawang EUR untuk memperolehi profit. anda akan peroleh profit bila matawang EUR naik dan sampai pada tahap tertentu anda menukar kembali matawang EUR kepada USD. bila dah untung, anda boleh withdraw USD anda ke bentuk RM. nanti kita lihat lagi contoh yang lebih detail bagaimana pertukaran matawang ini mampu memberi anda keuntungan.

189 total views, 1 views today

(Visited 3 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!