Belajar Forex | no. 2 : Bukan Semua Orang Boleh Trade Forex

Hakikatnya semua orang boleh main forex. akan tetapi mereka yang ada kriteria-kriteria yang disebutkan dibawah adalah sangat tidak sesuai untuk bermain forex. golongan yang tidak sesuai ialah:

Tidak Mahu Belajar

Forex Trading memerlukan ilmu dan pengalaman untuk mahir. forex bukan skim cepat kaya. korang xpayah cari orang, ini bukan MLM, dan korang juga tidak boleh main (trade) secara membuta-tuli, itu judi namanya. untuk berjaya dalam forex, korang perlu ada ilmu untuk main forex. jangan risau notaforex.com akan kongsikan ilmu forex step by step. Jika korang follow, mudah sekali untuk korang jana income dengan forex.

Kurang Sabar

Untuk berjaya dalam forex, korang memerlukan kesabaran yang tinggi. seperti juga korang belajar ilmu-ilmu lain. sabar itu penting. contoh sabar yang korang perlu terapkan ialah jangan terburu-buru masuk market. kena ada caranya. kitorang akan guide korang satu persatu macam mana masuk market forex dengan betul.

Tidak Ada Disiplin

Untuk menjadi pemain forex (trader forex) yang berjaya, korang mestilah ada disiplin. seperti juga bidang lain, disiplin sangat diperlukan untuk berjaya. nanti kita citer lebih detail lagi disiplin yang perlu korang ikut.

Korang Yang Kedekut Modal

Ya, modal diperlukan untuk korang jana income dengan forex. forex merupakan pelaburan jangka panjang dan boleh jadi juga pelaburan jangka pendek. semua bisnes pakai modal. skim cepat kaya pun pakai modal bang, rabak pulak tu. walau bagaimana pun, untuk trade forex, korang hanya memerlukan modal serendah 10Usd korang dah boleh berdagang dalam forex. hebat kan?

Lansung Tidak Boleh Rugi

Mcm bisnes biasa juga. ada kala untung ada kala rugi. tapi dengan ilmu trading yg betul, keuntungan pasti mengatasi rugi. jika korang tidak boleh rugi lansung, forex trading bukan untuk korang

Terdesak dan Mahukan Wang Segera

Forex tidak sesuai jika korang dalam keadaan terdesak atau menghadapi masalah kewangan yang serius. keadaan ini menyebabkan emosi tidak stabil. trade forex dalam keadaan emosi tidak stabil, terdesak akan menyebabkan korang rugi dan terus rugi. jika korang berada dlm golongan ini, jauhkan diri dari bermain forex

115 total views, 2 views today

(Visited 1 times, 1 visits today)

Leave a Comment