Belajar Forex | no. 3 : Cara Forex Menghasilkan Pendapatan

Setelah korang faham benar apa itu Forex, anda akan mudah faham bagaimana forex boleh menjana income. Katakan semasa anda menukar matawang anda di Money Changer dari RM ke USD semasa anda mahu melancong ke Amerika, Nilai ketika itu Ialah 1 USD sama dengan RM 4 (1 USD = RM4).

anda membuat pertukaran RM10,000 kepda duit USD. Maka,

RM10,000 ÷ RM4 = USD2500

hasil pertukaran di money changer dgn nilai RM10k tersebut anda memperolehi USD2.5k untuk anda membeli belah di Amerika.

Seminggu anda melancong di disana malangnya anda tidak dapat berbelanja dengan duit yang anda tukar di Money changer tersebut yang sebanyak USD2.5k kerana rakan-rakan anda sering belanja dan sponsor anda semasa berada disana.

Ketika anda pulang ke malaysia selepas seminggu melancong, anda ingin menukar kembali USD2.5k yang anda tidak guna ke Ringgit malaysia semula. Dan pada ketika ini, rate Ringgit malaysia menjadi lemah. faktor ringgit malaysia menjadi lemah mungkin disebabkan beberapa faktor contohnya pelabur asing lari dari terus melabur di malaysia dan pada ketika ini anda memerlukan RM4.50 untuk dapatkan 1 USD.

Maka ketika anda mahu menukar kembali USD2.5k anda ke bentuk RM dengan rate semasa ialah (1USD = RM4.50), jadi….

USD2500 × RM4.50 = RM11,250.

Nilai sebenar RM anda untuk berbelanja di US hanyalah RM10,000, akan tetapi semasa anda pulang ke tanah air anda memperoleh RM11,250… maka:

RM11,250 – RM10,000 = RM1,250

RM1,250 adalah keuntungan dari pertukaran anda yg anda perolehi tanpa korang sedari!!

Begitulah bagaimana forex boleh menghasilkan income. ade beza x dengan skim cepat kaya? hahaha mcm bumi dengan langit.

simple bukan? 😊

114 total views, 1 views today

(Visited 6 times, 1 visits today)

Leave a Comment