5 Kelebihan Dan Kekurangan Antara Blogspot Dan WordPress

Kebiasaannya di awal permulaan untuk anda bina laman web, sudah pasti anda sukar untuk pilih sama ada WordPress atau Blogspot. Mari kita lihat kelebihan dan kekurangan wordpress dan blogspot supaya anda tidak lagi sukar untuk membuat keputusan dalam memilih 2 platform gergasi ini. Sebenarnya terdapat banyak platform popular untuk anda bina laman web seperti joomla (antara platform popular) dan lain-lain. Oleh kerana hanya dua je platform yang lebih popular yang ramai orang guna dan paling mudah untuk anda setup, maka saya akan pilih dua platform ini saja iaitu wordpress dan blogspot.

Take noted perbandingan ini hanya dilakukan antara blogspot dan wordpress.org sahaja kerana wordpress.com lebih kurang sama dengan blogspot.

Kelebihan dan Kekurangan WordPress dan Blogspot.

1. Penampilan atau Paparan.

WordPress sangat mengujakan penampilannya. Anda boleh setup dari semudah mudah blog atau website (seperti myempayar.com) hingga ke website yang complicated yang mempunyai banyak fungsi seperti Hypermarket dan boleh dikatakan anda boleh setup paparannya sesuka hati anda dengan bantuan plugin yang anda boleh dapatkannya secara percuma. Contoh website yang complicated lazada, mudah dot my dan lain-lain website yang canggih dan pelbagai fungsi anda pernah lihat.

Blogspot pula agak terhad dalam pemilihan paparannya. Walaupun ada developer yang menyediakan template untuk blogspot ini secara percuma atau berbayar, paparannya tetap lebih kurang sama dan tidak banyak beza. Ini juga merupakan salah satu faktor kenapa company gergasi suka guna wordpress. Jika anda mahukan paparannya kelihatan agak lebih rare, anda perlu mahir dengan coding, bahasa coding cukup susah untuk dipelajari dan saya sendiri pun tidak mahir dengan coding walaupun tahu serba sedikit bahasa ini.

Dari segi paparan, sudah jelas WordPress menang.

2. Pemilikan (ownership)

WordPress (wordpress.org) memerlukan anda menyewa hosting dan domain sendiri. Jadi segala data dalam web anda adalah milik mutlak anda. Sekalipun anda sudah tidak mahu guna hosting dari host provider tertentu dan ingin bertukar ke host provider lain, anda hanya perlu buat full backup data website anda sahaja dan instal semula dengan hosting dari host provider lain, semudah ABC. yang paling penting, website anda adalah hak milik mutlak anda.

Blogspot pula pemilikan mutlaknya ialah kepunyaan google. Pendek kata blog atau website anda bukan hak milik mutlak anda walaupun anda guna domain TLD ia tetap tidak menafikan bahawa web tersebut bukan hak milik kekal anda. Google bila-bila masa sahaja boleh tendang dan delete website anda jika anda melanggar polisi google sebagai contoh website atau blog Sxx, keganasan dan lain-lain. Ramai yang takut mahu guna blogspot kerana hal takut didelete oleh google. Tidak perlu risau selagi anda tidak menyalahi etika google. Terdapat ratusan blog yang berusia puluhan tahun dan masih kekal hingga sekarang dan saya sendiri mempunyai blog dari blogspot yang berusia hampir 6 tahun dan hingga kini masih lagi wujud dan aktif.

Dari segi pemilikan, wordpress menang lagi.

3. Setup Website atau Blog

WordPress mempunyai pelbagai step untuk anda setup, dari tempahan hosting dan domain hingga ke completenya website anda mempunyai banyak dan pelbagai setup. Agak banyak juga perlu di setting. Walaupun macam banyak benda perlu disetup, ia sebenarnya tidak sesukar yang anda fikirkan dan insyaAllah My Empayar akan guide anda.

Blogspot lebih memudahkan anda lagi berbanding wordpress. Daftar emel sahaja dan anda automatik akan mempunyai akaun blogger. Cukup-cukup mudah semudah ABC. segalanya telah disediakan oleh google.

Blog setup, nampaknya kemenangan berpihak kepada Blogspot atau blogger.

4. Security dan kelajuan.

WordPress memerlukan anda tambah plugin-plugin lain untuk anda perkemaskan security website anda supaya tidak di hack oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Plugin ini anda boleh dapatkan secara percuma atau berbayar. Anda perlu sentiasa update wordpress anda dan update plugin serta theme lain yang anda pasang di website anda supaya hacker tidak mudah masuk ke dalam website anda. Anda memerlukan beberapa step untuk memperkemaskan security website anda. Begitu juga dengan speed, ia sangat bergantung pada Bagaimana anda setup website anda. Dengan plugin yang mengarut dan yang tidak perlu ada dalam web anda ia akan melambatkan speed website anda. Anda juga memerlukan plugin lain untuk ringankan website anda.

Blogspot. Anda pernah dengar google kena hack atau server google down? seingat saya google pernah down servernya berpuluh tahun dahulu lepas tu xpernah dengar dah. Kot anda pernah dengar dan lihat, hehe. Ya blogspot atau lebih dikenali sebagai blogger adalah dijalankan oleh server dan security dari google. Adalah hampir mustahil ia boleh down di hack.

Security dan Speed, Blogspot menang lagi.

5. SEO (Search Engine Optimization)

Bahasa mudah seo ialah kebolehan webiste anda terindex (berada) di enjin carian (seperti carian google).
Sebenarnya tiada study atau kajian khusus dan rasmi dari sudut SEO antara dua platform gergasi ini. Engineer Google pernah menyuarakan hal ini dimana google tidak akan bias kepada blogspot untuk mudah mendapat ranking di google search. Ada yang guna blogspot mendapat ranking pertama dan ada juga yang wordpress mendapat ranking pertama. Jika kita survey forum popular para bloger, masing-masing tidak mahu mengalah ada yang berpendapat blogspot lebih bagus dan ada yang berpendapat wordpress lah lebih bagus. Biarlah anda yang tentukan sendiri kerana kedua platform ini memiliki kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.

Untuk SEO, nampaknya kedua platform ini mempunyai markah yang sama.

Kesimpulan yang saya dapat buat, dari segi SEO anda tidak perlu risau akan hal ini manakala yang lain-lain tu anda pilihlah yang mana anda rasakan mampu untuk anda dan pilih sahaja yang memenuhi keperluan anda. Harapnya semua sudah jelas dengan kelebihan dan kekurangan blogspot dan wordpress ini.

497 total views, 2 views today

(Visited 192 times, 1 visits today)

4 thoughts on “5 Kelebihan Dan Kekurangan Antara Blogspot Dan WordPress”

Leave a Comment

error: Content is protected !!