Apa Itu Blogspot dan Kriterianya

Blogspot adalah salah satu platform gergasi kepunyaan google. Google menawarkan tempat untuk kita membina website atau blog secara percuma. Apa itu blogspot In Shaa Allah anda akan jelas sejelasnya kali ini. Mari kita lihat sejarah blogspot ini.

Blogspot atau dikenali juga sebagai blogger mula diperkenalkan pada tahum 1999 yang diasaskan oleh Pyra Labs. atas faktor yang tidak diketahui blogspot telah telah dibeli dan diambil alih oleh google untuk dijadikan anak syarikatnya pendek kata platform blogspot telah menjadi hak milik mutlak google dan pada ketika inilah blogspot mula meletup dan terkenal diseluruh dunia.

Untuk mendapatkan sebuah website atau blog ini, anda hanya memerlukan sebuah akaun google sahaja. Macam mana nak daftar akaun google? Mudah sahaja, hanya perlu sebuah emel gmail dan anda telah mendapat sebuah akaun google. Dengan akaun gmail tersebut, anda mampu mengguna pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh google secara percuma, hebat kan?. Sedikit sebanyak mengenai apa itu blogspot, saya rasa anda sudah jelas mari saya perincikan lagi mengenai blogspot ini.

Ciri-ciri Blogspot

1. Hosting dan Domain Adalah Percuma.

Google menawarkan hosting dan domain secara percuma kepada anda untuk buat website. Masih tidak tahu mengenai hosting? Silalah baca posting saya Apa Itu Hosting. Berapa spec yang ditawarkan oleh blogspot ini? Jika anda create sebuah blog limited saiz space hosting yang ditawarkan ialah 1 gb manakala jika anda buat blogspot bersama akaun google plus, anda mendapat space yang bersaiz lebih dari 10gb. Berapa daiz sebenar yang ditawarkan jika guna akaun google plus? Mengikut google support, blog anda boleh menampung sehingga 15gb. Dengan space 15gb anda mampu menyimpan ratusan ribu gambar.

2. Domain yang Percuma.

Mengenai domain, anda sebenarnya mempunyai 2 pilihan sama ada yang percuma dan yang berbayar. Baca posting saya Apa Itu Domain jika anda masih samar dengan maksud domain. Domain percuma yang disediakan oleh google agak panjang. Contoh, katakan My Empayar menggunakan domain dan hosting percuma dari google ini, maka domainnya akan menjadi myempayar.blogspot.com.
Agak panjang bukan? Walaupun panjang sebenarnya tiada masalah ramai je otai otai bloger yang guna domain percuma ini dan blog mereka mampu menyaingi blog blog yang guna domain berbayar (Top Level Domain) bahkan lebih hebat lagi. Sama ada yang percuma atau yang berbayar terpulang lah kepada anda semua. Jadi macam mana pula jika anda mahu guna hosting percuma dari google dan mahu domain berbayar (TLD)?. Tiada masalah, anda boleh beli dan sewa domain tersebut terus dari google atau menggunakan servis dari host provider seperti Netkl. Sy ada sebuah blog yang guna hosting dari google dan guna domain (TLD) kosnya hanyalah RM45 setahun tetapi blog tersebut mampu memberi income kepada saya sekitar RM400 hingga RM500 sebulan secara konsisten kadang kala mencecah seribu sebulan.bab ini kita akan belajar dalam Posting yang ditunggu-tunggu iaitu bagaimana Silent Money Maker jana Income. Kita belajar step by step dari asas hinggalah anda boleh survive sendiri.

3. Mesra pengguna dan mudah digunakan.

Ada yang mengatakan blogspot sesuai untuk beginer yang baru bermula dengan dunia website atau bloger. Saya sangat tidak setuju dengan statement ini. Di luar sana otai-otai blogger masih ramai yang guna blogspot ini. Sama ada anda masih baru atau lama, blogspot sesuai untuk semua orang dan yang jelas dan pasti ialah blogspot memang mudah digunakan. Register pun mudah setup pun mudah, semudah ABC.

4. Terhad untuk Anda Make up website anda.

Blogspot tidak menawarkan banyak pilihan untuk anda make up web dan blog anda. Tidak banyak plugin yang disediakan untuk anda supaya web anda kelihatan seperti hypermarket. Pada saya ini sebenarnya tidak penting, asalkan kita tahu make up serba sedikit yang bakal memudahkan pengunjung kita untuk baca blog kita itu pun sudah cukup.

5. Satu Akaun Gmail Mampu Create Ratusan Blog.

Yang ini pasti ramai yang suka. Mungkin anda terkejut bahawa dengan hanya satu akaun gmail anda mampu bina ratusan website dan blog. Hebat bukan? Dan semestinya ia adalah percuma. Hehehe.

Orait, sekian dahulu dari saya mengenai apa itu blogspot. Hope semuanya sudah jelas anda ada pertanyaan boleh juga tanya dibahagian komen dibawah ini.

159 total views, 1 views today

(Visited 24 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!