Kita guna bahasa mudah untuk anda faham dan tahu apa itu domain. Domain ialah alamat atau address untuk ke sesuatu website. Domain boleh di ibaratkan seperti alamat rumah atau pejabat dimana ia sebagai petunjuk jalan untuk ke rumah seseorang. Domain bermula dengan www. atau http:// atau https://. Sebagai contoh, domain blog ini ialah myempayar.com jadi jika anda ingin melawat dan mengulangkaji ilmu hebat yang jarang dikongsikan oleh orang, cukup sekadar anda hanya taip di browser anda seperti chrome atau lain-lain browser dengan menaip myempayar.com kemudian tekan enter, anda akan dibawa ke halaman MY EMPAYAR ini. Untuk pemilihan kata akhir domain, anda boleh pilih sama ada mahu .com, .net, .org dan lain-lain. Sudah jelas dengan apa itu domain? Mari kita lihat pula Jenis Domain

Jenis Domain

  1. Domain Percuma
  2. Domain Berbayar

Domain Percuma

Domain percuma banyak disediakan oleh platform untuk anda buat website seperti wordpress dan blogspot kepunyaan google. Jika anda menggunakan domain free, maka domain anda akan menjadi sedikit panjang, contoh: sayahensem.blogspot.com atau sayahensem.wordpress.com dimana “sayahensem” ialah nama domain pilihan anda. Kenapa domain free agai panjang eh? Ini kerana jika anda guna domain free anda menumpang domain platform yang menyediakan anda domain dan hosting percuma untuk anda buat website dan ini dinamakan subdomain. Contoh, domain utama blog MY EMPAYAR ialah myempayar.com, manakala sayahensem.myempayar.com ialah sebuah subb domain.

Domain Berbayar

Domain berbayar pula agak pendek dan kelihatan lebih profesional. Domain berbayar ini disedikan oleh host provider seperti Netkl dan lain lain host provider dan anda perlu membeli dan menyewa domain profesional ini dengan harga RM45-RM60 setahun. Jika anda melanggan dengan Netkl, domain akan diberi secara percuma untuk setiap pakej hosting yang anda pilih. Bab hosting silalah baca Apa Itu Hosting. Domain jenis berbayar ini juga disebut sebagai Top Level Domain (TLD).

Orait, kesimpulan yang dapat dibuat ialah, jika anda serius dalam membina website atau blog sama ada untuk personal (blogger) atau untuk perniagaan, saya cadangkan anda guna jenis Domain berbayar kerana ia kelihatan lebih profesional. Apa pun jika anda masih tiada bajet, boleh saja guna domain percuma tiada masalah kerana anda boleh upgrade blog atau website anda guna domain TLD pada bila bila masa sahaja. Saya percaya apa itu domain, anda telah faham sepenuhnya. Jika ada pertanyaan silalah ke bahagian menu dan pilih hubungi saya, saya akan cuba menjawab pertanyaan anda semua.

Jika anda sudah faham apa itu domain, silalah baca pula Apa Itu Hosting

27 total views, 1 views today

Leave a Comment

error: Content is protected !!