Saya pasti anda semua pernah dengar perkataan Hosting. Jika anda masih tidak tahu apa itu hosting, teruskan baca posting dari My Empayar ini supaya anda lebih jelas.

Hosting (juga disebut sebagai web hosting) merupakan komponen penting untuk buat website. Hosting berperanan sebagai stor penyimpanan segala data yang ada dalam website anda seperti perkataan, gambar, video, file dan lain-lain. Hosting perlu dihubungkan dengan domain pilihan anda. Jika anda masih belum tahu mengenai domain, silalah baca Apa Itu Domain.

Hosting boleh di ibaratkan sebagai Rumah atau stor untuk menyimpan peralatan manakala domain pula sebagai alamat rumah. Hosting terbahagi kepada dua iaitu Berbayar dan Juga Free. Mari kita lihat lebih lanjut apa itu hosting.

Jenis Hosting:

  1. Hosting Percuma
  2. Hosting Berbayar

Hosting Percuma

Terlalu banyak platform-platform gergasi untuk buat website yang menyediakan Hosting percuma kepada anda. Yang paling popular ialah Blogspot milik google dan wordpress. Dengan memilih platform ini, anda tidak perlu mengeluarkan sebarang kos untuk membina website. Hosting percuma ada kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Bergantung kepada laman jenis website atau blog yang anda mahu bangunkan gunakan. Jika anda seorang cermat dalam bajet, boleh la guna platform yang menyediakan hosting percuma ini. Jangan pandang rendah kerana ada otai blogger atau web yang terkenal hanya menggunakan platform hosting percuma ini. contohnya blog Komik Hk (www.komikhk.com) merupakan blog atau website yang paling populor untuk membaca komik hanya menggunakan Hosting Percuma sahaja.

Hosting Berbayar

Hosting Jenis berbayar pula ialah hosting yang memerlukan anda menyewa server hosting dengan host provider seperti Netkl. Walau pun ia adalah berbayar, kosnya sangat minima iaitu serendah RM60-RM100 sahaja setahun. Cukup murah lebih murah dari anda menyewa kedai dan sewa tapak pasar malam. Lihat juga spesifikasi website atau blog anda, jika blog anda memerlukan space yang besar seperti menyimpan ratusan ribu gambar atau file serta video yang bersaiz besar, anda memerlukan spec yang lebih besar. Semakin besar spec yang anda perlukan, semakin besarlah kosnya. Walau bagaimana besar sekali pun kos untuk hosting yang berspesifikasi besar, nilainya tetap lebih murah dari sewa tapak pasar malam. Hihi.. ok anda boleh lihat di sini untuk spesifikasi yang ditawarkan oleh Netkl atau anda boleh terus layari www.netkl.com

Kesimpulan yang boleh dibuat disini ialah, anda mempunyai banyak pilihan untuk bangunkan website atau blog anda sendiri sama ada untuk berniaga atau untuk personal. Sekarang anda sudah tahu apa itu hosting. Jika masih ada sebarang pertanyaan silalah hubungi saya dibahagian menu untuk bertanya, saya akan bantu sedaya upaya saya.

Baca juga post Apa Itu Domain

57 total views, 2 views today

Leave a Comment

error: Content is protected !!