Bahasa mudah Link juga disebut sebagai URL iaitu address untuk ke halaman website tertentu. Link atau url ini anda boleh dapatkan ia atau dilihat di browser anda sepeti di chrome, firefox dan lain-lain. Link dan domain mempunyai maksud yang berbeza. Domain ialah Nama alamat website manakala link pula ialah alamat penuh website. Lihat contoh dibawah apa itu link

myempayar.com disebut sebagai domain.

https://myempayar.com disebut sebagai link.

Beza yang ketara di antara domain dan link atau Url ialah domain hanya terkandung nama alamat ke website manakala link ialah alamat yang lengkap untuk ke website atau ke halaman tertentu sesebuah website.

Pentingkah untuk kita tahu Apa Itu Link atau Url.

Pendapat saya ia tidak penting sebenarnya untuk kita tahu. Cukup sekadar untuk kita nampak gambarannya sahaja Apa itu link sudah cukup (bukan nak jawab exam pun). Cuma untuk bina blogpost ia agak penting juga untuk kita tahu.

Myempayar.com akan diisi dengan info dan ilmu yang bermanfaat yang mahal untuk dikongsikan. Dalam myempayar.com mempunyai macam-macam ilmu. Jika orang tanya saya, “bro kat page mana nak belajar buat website guna blogspot dalam web my empayar tu?” Saya hanya berikan link spesifik untuk kehalaman belajar buat website dengan blogspot kepadanya sahaja supaya dia tidak tercari-cari kat mana page dalam myempayar.con yang mengandungi tutorial buat blog tersebut. Dan link untuk tutorial tersebut ialah seperti di bulatan warna merah gambar di atas.

Saya percaya ramai yang dah tahu apa itu link atau Url ni sebenarnya. Saja saya up supaya ia complete dalam topik “cara buat website” kerana ia akan berkait dengan topik akan datang nanti. Anggap sahaja post ini sebagai refresh sahaja.. =)

22 total views, 1 views today

Leave a Comment

error: Content is protected !!