Apa Itu WordPress dan Kriterianya

WordPress adalah sebuah software atau skrip untuk membina website atau blog. Apa itu wordpress dan kriterianya sila baca lagi penerangan yang agak detail dan terperinci dibawah.

WordPress merupakan platform gergasi yang paling popular di kalangan web developer untuk membina website dan juga merupakan saingan paling hebat kepada blogger. WordPress mula diperkenalkan pada tahun 2003 oleh Matt Mullenweg dan Mike Little. WordPress terbahagi kepada dua jenis iaitu

WordPress.com (instant)
Wordpress.org (instal)

1. WordPress.com dan Ciri-cirinya

Lebih kurang dengan blogspot iaitu instant dan cepat untuk anda bina website dan blog. WordPress.com telah menyediakan beberapa kemudahan untuk anda seperti template, plugin dan lain-lain untuk anda make website anda. Ramai juga yang guna wordpress jenis ini kerana ia mudah dan cepat, dah nama pun instant. Orait jom lihat ciri-cirinya pula.

Ciri-ciri WordPress.com

1. Mudah dan cepat Untuk buat website atau blog dengan wordpress.com, ia cukup mudah anda hanya perlu daftar sahaja dengan email anda (apa-apa emel pun boleh) siap je daftar terus boleh setup website anda. Hal ini lebih kurang sama dengan blogspot.

2. Menyediakan hosting percuma.
Hosting yang percuma disediakan untuk anda sebesar 2gb. Dan space ini sebenarnya anda boleh upgrade dengan melanggan pakej premium yang ditawarkan oleh wordpress.com dimana pakej premium ini spesifikasinya lebih besar dan canggih berbanding blogspot.

3. Menyediakan alamat domain percuma.
Seperti juga blogspot, jika anda memilih segalanya percuma di wordpress.com maka domain anda menjadi panjang. Katakan myempayar.com guna wordpress jenis ini yang percuma maka domain My Empayar ialah myempayar.wordpress.com. tapi anda mempunyai pilihan untuk park domain TLD iaitu dengan melanggan terus di wordpress.com.

4. Template disediakan secara percuma.
Template atau theme untuk paparan website atau blog anda telah disediakan secara percuma oleh wordpress.com begitu juga dengan blogspot. Anda boleh pilih mana sahaja yang anda berkenan. Tapi agak terhad untuk anda modify website anda. Sama juga dengan blogspot.

Jika anda seorang beginer, wordpress.com sangat sesuai untuk anda berlatih cara nak buat post, cara nak buat page, cara nak buat menu dan lain-lain. Anda memerlukan sebuah laman web yang tidak complicated, simple tapi profesional dan tidak mahu fikir lebih, worpress.com memang sesuai untuk anda gunakan.

2. WordPress.org dan Ciri-cirinya

WordPress jenis ini menjadi tumpuan oleh golongan profesional. Walau bagai8mana pun untuk dapatkan wordpress jenis ini tidak lah susah, senang je. MyEmpayar.com juga guna wordpress jenis ini. WordPress jenis ini memerlukan anda memiliki hosting sendiri dimana hosting ini anda boleh sewa dengan host provider seperti Netkl dan lain-lain. Baca Apa Itu Hosting untuk lebih detail mengenai Hosting.

Ciri-ciri WordPress.org

1. Hak milik mutlak.
Oleh kerana segala data yang ada dalam website berada di hosting anda sendiri, ia menjadi hak milik mutlak anda. Tidak seperti blogspot atau wordpress dimana data website anda disimpan dalam hosting mereka.

2. Perlu Instal Sendiri.
Anda perlu instal sendiri wordpress jenis ini melalui akaun cpanel. Instal tidak sesusah yang anda bayangkan mudah sahaja. Saya akan tunjukkan dan guide anda satu persatu. Ini antara ilmu mahal yang akan saya kongsikan secara percuma kepada anda.

3. Boleh Make up sesuka hati anda.
Anda boleh modify website atau blog anda supaya lebih canggih dan anda boleh modify sehingga website anda kelihatan seperti hypermarket. Modify mengikut kesukaan anda tiada masalah dengan wordpress.org

4. Perlukan Domain Top Level Domain.
Anda tiada pilihan untuk memiliki domain percuma. Akan tetapi jangan risau kerana ada host provider seperti Netkl mereka menyediakan hosting dengan domain secara percuma. Bermaksud anda menyewa hosting dengan Netkl anda akan dapat percuma domain TLD. Baca Apa Itu Domain disini

Orait anda sudah jelas dengan apa itu wordpress? Harapan saya anda sudah jelas. Jika tidak jelas silalah bertanya tiada masalah.

Baca juga posting Apa Itu Blogspot dan Kriterianya

109 total views, 1 views today

(Visited 6 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!