Cara Buat Laman Web Dengan Blogspot

Cara Buat Laman Web Dengan Blogspot

Orait, sebelum kita mula belajar buat laman web atau blog dengan blogspot ni, ada baiknya anda refresh semula baca Apa Itu Blogspot. Post kali ini iaitu cara buat laman web atau blog dengan blogspot.

Sudah baca post: Kelebihan ada website atau blog kepada individu?

Cara Buat Laman Web atau Blog dengan Blogspot langkah demi langkah.

Register akaun google

Untuk dapatkan akaun google, anda hanya perlu daftar emel gmail sahaja. Semudah abc. Saya percaya sudah ramai yang ada emel gmail. Kalau belum ada sila buka sekarang klik www.gmail.com untuk daftar.

Login Akaun Blogger

Orait, untuk login akaun blogger, sila ke (klik) www.blogger.com kemudian sign in atau klik Create Your Blog. Kemudian masukkan emel dan pasword anda.

p/s: dengan satu emel gmail anda, anda boleh guna puluhan servis dari google secara percuma.

Kemudian pilih sama ada anda mahu Google+profile atau Blogger profile. Dalam tutorial ini saya akan tunjuk untuk Blogger Profile. Untuk google+profil kita boleh upgrade bila-bila masa sahaja. Nanti saya akan terangkan kelebihan dan kekurangan antara dua akaun tersebut. Blog saya banyak yg Blogger Profil.

Orait klik Blogger Profile.

Isikan nama anda yg akan di paparkan apabila anda buat posting blog. Anda boleh letak nickname anda atau nama penuh kemudian klik continue to blogger.

Orait sekarang anda sudah berada di halaman dashboard blogspot atau blogger. Untuk bina web atau blog, klik Create New Blog

Bila anda klik Create new Blog, akan keluar satu pop up seperti di atas. Isikan nama domain anda dan tajuk blog anda. Baca Apa Itu Domain supaya anda lebih jelas.

Dalam gambar di atas saya memilih My Empayar sebagai tajuk blog saya dan domain saya letak sebagai My-Empayar. Tema (paparan) blog anda boleh pilih seperti gambar di atas yang telah disediakan oleh blogger. Dah siap isi klik Create Your Blog. Orait dah siap.

Orait untuk lihat bagaimana rupa laman web anda, sila klik view blog

Di atas adalah paparan blog saya. Anda boleh lihat contoh blog yang saya create semasa saya buat posting ini. Klik my-empayar.blogspot.com untuk lihat contohnya.

Orait dah siap. Itulah cara buat laman web atau blog guna blogspot. Senang bukan? Hehe. Harap sangat bermanfaat untuk semua. jika ada pertanyaan, silalah hubungi saya diĀ https://myempayar.com/hubungi-saya

257 total views, 5 views today

(Visited 32 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Cara Buat Laman Web Dengan Blogspot”

Leave a Reply to admin Cancel reply

error: Content is protected !!