Cara Masukkan Gambar atau video di Posting Blog

Sebelum saya tunjukkan lebih lanjut cara masukkan gambar atau video di posting blog, ada baiknya anda baca dulu cara buat posting di blog guna blogspot.

Orait kalau dah tahu cara buat posting di blog baru kita boleh masukkan gambarnya atau video di blog post. Caranya cukup-cukup mudah dan jelas.

Cara Masukkan Gambar atau Video di Blog Post

Mula-mula sekali login akaun blogger anda www.blogger.com jika dah masuk ke dashboard, sama ada anda nak buat posting baru atau nak masukkan gambar atau video di posting yang sedia ada, sama sahaja caranya,  cukup mudah. Kalau nak buat posting baru, macam biasa klik New Post atau jika anda nak letak gambar di posting yang sedia ada, juz klik Edit Post.

 

Tutorial yang saya tunjukkan ini ialah saya edit posting yang sedia ada. Seperti gambar diatas, 2 icon yang di bulat diatas ialah butang untuk upload gambar dan video untuk diletakkan dalam posting blog.

 

Icon no. 1 ialah untuk upload image manakala no. 2 untuk upload video. Katakan anda nak masukkan gambar dalam blogpost sila klik butang no. 1

 

Akan keluar satu pop up seperti di atas. Kemudian klik choose file silalah pilih gambar mana yang anda mahu letak dalam blog. Dah pilih gambar klik di gambar yang anda pilih tadi kemudian klik add selected butang warna biru.

 

Kemudian pilih lah anda mahu berapa besar gambar yang nak diletak dalam posting anda pilih di kotak biru seperti gambar di atas. Orait bila dah selesai, di butang warna oren klik “publish” jika anda  buat posting baru atau klik “update”untuk posting yang sudah ada. Selesai.. anda nak lihat contoh post yang ada gambar di blogspot? Lihat Disini.

Yang saya tunjukkan ialah cara nak masukkan image manakala untuk masukkan video pula stepnya sama sahaja anda cuma perlu klik icon video (icon no. 2) untuk masukkan video dalam posting anda. Orait sekian dahulu Cara Masukkan Gambar atau Video di posting blog. Mudah sahaja.

 

188 total views, 1 views today

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Comment