Cara Memilih Domain Yang Baik dan Berkesan

Pentingkah untuk kita memilih domain yang baik dan tepat? Ya ia sangat penting untuk anda mengenal pasti domain yang baik dan bagus. Cara memilih domain yang baik untuk blog atau laman web anda juga akan mempengaruhi keberkesanan website anda kepada pengunjung. Pada peringkat awal anda memang akan pening untuk memilih domain website. Baca Apa Itu Domain jika anda masih tidak tahu maksud sebenar domain. Berikut saya senaraikan ciri-ciri domain yang baik dan bagus.

Ciri-ciri Domain yang Baik

1. Domain yang mudah di ingat.

Domain yang susah di ingat memerlukan pengunjung web menyimpan alamat website anda (domain) perkara ini sebenarnya sangat merugikan pemilik website. Katakan anda mempunyai kedai makan dan anda mempunyai website atau blog untuk pengunjung anda survey makanan yang dihidangkan di kedai. Jika domain anda ialah domain yang susah di ingat, anda mungkin kerugian satu pelanggan anda gara-gara tidak dapat survey website anda. Jika domain anda mudah di ingat, sepintas lalu bakal pelanggan anda lihat url atau link anda sudah tentu mereka akan ingat dan akan survey website anda pada bila-bila masa sahaja. Menguntungkan perniagaan anda.

Kita ambil contoh anda mengiklankan kedai anda pada signboard tepi jalan dan di signboard tersebut anda letak nama domain website anda. Bakal pelanggan yang naik kereta melihat signboard iklan tersebut sure mereka akan mudah dan dapat tangkap serta ingat alamat website. Jika domain tersebut susah, anda bernasib baik jika mereka buat u turn dan lihat balik domain anda. Jelas bukan? Itulah pentingnya memilih domain yang mudah diingat. Contoh domain mudah di ingat mungkin kedaispecial.com dan sebagainya.

2. Domain yang tidak terlalu panjang dan pendek.

Domain yang terlalu panjang mungkin juga akan menyusahkan pengunjung untuk singgah di website anda. Semestinya domain yang panjang susah untuk ingat berbanding domain yang pendek. Domain yang mempunyai sepatah dua perkataan sudah bagus dan cantik. Contoh domain yang tidak panjang dua patah perkataan, myempayar, sinarharian dan lain-lain.

3. Domain yang tidak terlalu pendek.

Domain yang tidak terlalu pendek juga menjadi salah satu cara memilih domain yang baik. Domain pendek, selain tidak menggambarkan gambaran website anda, ia juga susah diingat. Contoh domain pendek nmx.com atau sebagai. Ada juga domain pendek yang senang di ingat seperti abc.com atau abc.blogspot.com tapi for sure domain mudah seumpama itu sudah dimiliki oleh orang lain. Xpercaya cubalah cek. Sebaiknya guna domain yang menggambarkan sesuatu atau gambaran website anda. Jangan guna huruf gunalah perkataan.

4. Domain yang mudah di eja.

Mungkin anda tidak jelas kenapa pentingnya domain yang mudah di eja. Orait mari saya beri contoh kepentingannya supaya anda nampak. Katakan anda mempunyai personal blog yang berdomainkan mohammad.com. website anda telah meletup dan banyak menjadi rujukan orang ramai mencari info ilmiah di blog anda. Website anda telah dibawa dari mulut ke mulut oleh orang ramai. “Weh korang nak belajar buat cendol sedap tengoklah di blog mohammad.com”

Ok disini akan berlaku kekeliruan dari pihak kedua dan ketiga. Semasa di browser mereka akan keliru bagaimana nak eja url (domain) blog anda. Mereka dengar mohammad.com tapi mungkin mereka boleh taip di browser menjadi mohd.com atau mohamad.com atau muhd.com. jika mereka tersalah taip, anda sudah kerugian dari segi trafik. Jika blog anda boleh generate income, anda telah rugi RM (fulus) huhuhu.

Sudah jelas bukan kepentingan domain yang mudah di eja? Nice. Lihat contoh blog ini sendiri menggunakan domain MyEmpayar.com orang mungkin akan tersalah eja menjadi MyEmpire.com. Huhuhu. My bad, alang-alang dah buat saya teruskan juga dengan domain ini. Semoga menjadi pengajaran untuk anda semua mengkaji dan memilih domain yang betul-betul berkesan untuk website anda.

5. Sebolehnya Guna domain .com

Kata akhir bagi sebuah domain dipanggil Extension domain. Contoh: .com .net .my .info dan sebagainya. Kenapa perlu guna domain .com? anggapan orang awam yang tidak berapa celik mengenai ilmu website beranggapan .com lebih real dan profesional. Selain .com, .my juga popular dimalaysia kerana domain tersebut hanya untuk rakyat malaysia sahaja. Cubalah anda lihat website-website popular mereka banyak guna .com iaitu lebih meluas penggunaannya. Bila lebih meluas penggunaannya sudah pasti ia nampak lebih “trust”.

6. Sebolehnya domain perlu sama dengan tajuk blog.

Lebih bagus dan baik jika domain anda sama dengan tajuk blog atau tema blog. Contoh blog anda banyak bercerita mengenai resepi utara domain terbaik ialah resepiutara.com atau resepiutara.my . Jika domain tersebut telah diambil, boleh juga guna resepi-utara.com (sebolehnya elakkan penggunaan simbol seperti – kerana ia merupakan kategori domain yang susah disebut dan dieja)

Jangan pandang remeh memilih domain untuk website anda. Semoga anda dapat idea dari post cara memilih domain yang baik untuk website anda. Sekian…

224 total views, 1 views today

(Visited 47 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!