Cara Memilih Template Blog yang Baik

Diluar sana terdapat banyak template blog atau website yang anda boleh pilih untuk blog anda blogspot mahupun wordpress. Ada yang percuma dan ada yang premium (berbayar). Template merupakan tema atau paparan blog atau website anda kepada pelawat.

Tahukah anda bagaimana untuk memilih template laman web yang baik dan bagus untuk blog anda? Jom lihat bagaimanakah sesuatu template tersebut bagus dan baik untuk anda. Untuk memilih template website yang bagus, ia sebenarnya bergantung pada blog anda sendiri. Sama ada blog anda untuk berniaga atau untuk sharing artikel kepada orang ramai.

Sudah baca posting Perbezaan antara Blog dan Website?

Walau apa jua bentuk website anda, disarankan supaya menggunakan template versi responsive. Memilih template jenis responsive akan menyenangkan pengunjung blog anda untuk membaca artikel atau blogspot yang anda update.

Template Blog Responsive

Paparannya mengikut kesesuaian peranti (seperti smartphone, tab, laptop dan sebagainya) pengguna yang berkunjung ke laman web anda. Jika blog dibuka menggunakan handphone, paparannya akan padat dan jelas di ruang hand phone pengguna sekali gus memudahkan para pembaca membaca blog anda. Jika blog dibuka menggunakan pc atau laptop, paparannya turut berubah mengikut paparan pc atau laptop. Pendek kata, versi responsive akan memaparkan blog anda mengikut peranti yang digunakan oleh pengguna sama ada di smart phone atau dilaptop secara automatik.

Template Blog yang tidak responsive

Blog anda memaparkan paparan versi dekstop atau laptop walaupun dibuka dan dibaca melalu handphone. Sangat menyukarkan bagi pengguna kerana ia mempunyai tulisan yang agak kecil untuk dibaca. Cuba lihat gambar di bawah paparan blog responsive dan tidak responsive

 

Cara buat blog sendiri
Paparan versi responsive

Lihatlah, versi responsive lebih mesra kepada mengguna. Paparan dan tulisan jugak sangat jelas walaupun ia dibuka melalui smart phone sahaja.

 

Cars buat blog sendiri
Paparan versi tidak responsive

Lihat tulisan dan paparannya. Sangat tidak mesra pengguna dan user perlu zoom in blog anda untuk membaca atrikel yang ada dalam blog. Gambar unresponsive di atas adalah blog My Empayar yang di screen shot melalui hanphone dan ia memaparkan view seperti laptop dan pc. Sangat menyukarkan untuk pelawat membaca website anda.

Orait, begitu banyak kelebihan memilih template blog versi responsive. Mata pun tidak sakit nak baca. Oh ya, My Empayar menggunakan template jenis responsive 😉

80 total views, 1 views today

3 thoughts on “Cara Memilih Template Blog yang Baik”

  1. terima kasih sharenya tuan..tapi bagaimana nak memilih template responsive atau tidak responsive…maaf jika soalan saya nie soalan budak2 sebab saya 0 knowledge tentang menda2 mcm nie.mohon tunjuk ajar yer..

    • Salam tuan. Untuk pilih template responsive lihat di live demo dahulu. Kebanyakkan developer template skrg diorg mmg fokus buat jenis template responsive. Setiap template yg tuan pilih mmg sudah dinyatakan sama ada template tetsebut jenis responsive atau tidak. Terima kasih

Leave a Comment