Cara Tukar Template Blog Dengan Blogger

Salam dan hai semua. Di posting kali ini saya ingin menunjukkan cara tukar template blog dengan blogspot atau blogger. Orait, tutorial ini akan membantu anda menukar template blog yang disediakan oleh blogger dan cara tukar template blog yang disediakan oleh selain blogger, anda boleh rujuk di post Cara Tukar Template Guna Theme selain Blogspot.

Cara Tukar Template Blog dengan Blogger

 

Pertama sekali silalah login ke akaun blogger anda klik www.blogger.com. jika anda masih tiada akaun blogger dan baru pertama kali nak buat blog guna blogspot, silalah baca tutorial Cara Buat laman Web dengan Blogspot terlebih dahulu.

Orait bila dah masuk ke dashboard blogger seperti di atas, klik menu theme.

 

 

Bila dah klik menu theme, akan terpapar beberapa tema atau template yang disediakan oleh blogger. Anda boleh pilih template manakah yang anda suka. Disarankan supaya anda baca posting Cara Memilih Template Blog yang Baik supaya anda jelas dan senang membuat keputusan untuk memilih template manakah yang sesuai dengan blog anda.

 

 

Dalam tutorial ini saya memilih template Soho untuk blog blogspot saya iaitu my-empayar.blogspot.com seperti diatas.

 

 

Bila dah tentukan template manakah yang menjadi pilihan anda, silalah klik template tersebut kemudian klik Apply To Blog. Orait dah hampir siap cara tukar template blog ini.

 

 

Orait bila apply dan siap dan anda mahu lihat hasilnya di blog anda, silalah klik View Blog.

 

 

Jika anda rasa agak tidak berpuas hati dan mahu menukar beberapa perkara di template blog seperti tulisan, gambar background atau warna template mengikut kesukaan anda, sila ke blogger anda semula dan klik theme kemudian klik customize seperti gambar di atas.

 

 

Akan keluar satu paparan customize seperti di atas. Sila lah pilih part dan setting manakah yang anda ingin ubah. Bila dah selesai klik apply to blog dan lihatlah hasilnya.

Orait itulah cara tukar template blog yang disediakan oleh blogger, cukup mudahkan?  Cara tukar template blog dengan menggunakan template yang disediakan oleh company luar, sila baca posting Cara Tukar Template Guna Theme selain Blogspot.

93 total views, 2 views today

1 thought on “Cara Tukar Template Blog Dengan Blogger”

Leave a Comment