Cara Tukar Template Blog Guna Template Selain Blogger

Sebelum ini kita telah lihat cara tukar template (paparan@view) blog menggunakan template yang disediakan oleh blogger.com. sila lihat post Cara Tukar Template Blog Dengan Blogger. Sekarang mari kita lihat pula cara tukar template blog guna theme selain blogger.com

Cara Tukar Template Blog Guna Theme Selain Blogger

pertama sekali anda perlu cari template yang disediakan oleh developer template blog sama ada yang percuma atau yang berbayar. cara mudah anda google je template blogspot. lihat gambar dibawah untuk step dan langkah-langkahnya.

 

bila anda dah google template blogspot, carian akan keluar seperti diatas. pilih sahaja mana-mana template developer yang anda mahu. dalam tutorial ini saya memilih untuk guna template dari web gooyabite.

 

orait bila dah masuk ke web yang anda mahu download template. survey lah dahulu web tersebut. jika anda mahu download di web gooyabite anda disediakan pelbagai jenis template. disini saya guna template jenis responsive. apa itu template responsive? silalah baca posting Cara Memilih Template Blog yang Baik. orait bila dah usha dan telah jumpa template blog yang anda berkenan, sila klik template yang anda mahu tersebut.

 

orait anda akan lihat butang seperti di atas iaitu Live Preview, Buy dan Download. 3 butang ini tidak semestinya sebijik seperti di atas adakala ia berbentuk lain tidak seperti diatas. jika anda mahu beli klik je buy. jika xmahu beli klik je download terus.. hehe sape xmahu benda free. apa pun yang korang mahu, terlebih dahulu lihat preview blog dahulu supaya anda betul-betul puas hati dengan template tersebut, klik Live Preview untuk lihat. bila dah puas hati klik Download.

 

bila dah download. sila semak di folder anda. anda akan dapat file template tersebut dalam bentuk RAR atau ZIP dimana anda perlu extract terlebih dahulu file tersebut. cara extract, right klik file ZIP template yang anda download tersebut.

 

Orait bila dah selesai download dan extract file template tersebut. sila ke akaun blogger anda. klik www.blogger.com untuk ke akaun anda dan sila login. bila dah login ke akaun dashboard blogger anda sila klik theme.

 

orait di paparan theme blogger anda, sila klik Backup / Restore

 

Kemudian klik Choose File

 

cari lokasi file tempate yang anda telah extract, kemudian double klik di folder template yang telah di extract. lihat contoh di atas.

 

Kemudian klik file yang berformat XML Document. Klik file tersebut kemudian klik open.

 

orait kemudian klik Upload. ok dah siap. anda telah pun berjaya menukar template blog anda dengan menggunakan template yang disediakan oleh developer luar. biasanya template dari developer luar ini lebih cantik dan menarik dari yang disediakan oleh blogspot.

 

kadang kala, template blog selain blogspot ini agak sukar sedikit untuk setup kerana ia mempunyai banyak functionnya. anda perlu explore blogger akaun anda. akan tetapi jangan khuatir kerana developer ini akan menyediakan dokumentasi cara untuk setup template yang anda download. untuk melihat documentasi ini, di template blog pilihan anda, klik live preview dan di live preview tersebut dibahagian menu utama, klik Documentation.

orait sekian dahulu tutorial cara tukar template blog guna theme selain blogspot. jika ada masalah dan pertanyaan, sila Hubungi Saya.

136 total views, 2 views today

(Visited 9 times, 1 visits today)

Leave a Comment