Peralatan Untuk Buat Website atau Laman Web

Anda sudah tahu Apa Itu Website atau laman web, sekarang kita fokus pula pada bab Keperluan untuk buat website. Anda hanya memerlukan beberapa perkara yang mudah anda perolehi dalam membina website atau laman web

Keperluan Untuk Buat Website

1. Komputer atau Laptop
Untuk permulaan (beginer) saya sarankan supaya anda menggunakan komputer atau laptop. Spesifikasi komputer atau laptop tidak perlu yang terlalu canggih, guna spec yang basic pun anda masih mampu buat website. Bagaimana pula kalau guna handphone atau tab je? Boleh jika anda dah biasa dan pro, mudah je.

(posting ini saya buat guna hendphone murah je)

2. Jaringan Internet
Sambungan internet merupakan salah satu keperluan untuk buat website atau laman web. Untuk spec internet pula, anda tidak perlu yang berkeupayaan speed laju, 1 mbps pun dah cukup tiada masalah untuk anda buat website.

Sebenarnya, anda juga boleh buat website tanpa jaringan internet (offline) tapi ia agak complicated sedikit dan agak mengambil masa untuk anda siapkan. Secara personalnya saya cadangkan anda buat secara online sahaja, cepat mudah dan berkesan.

3. Ilmu Pengetahuan
Sudah tentu untuk anda berjaya dalam apa jua bidang sekalipun, anda memerlukan ilmu selain usaha dan tawakal. Dengan ilmu, keperluan untuk buat website akan menjadi sangat mudah dan anda sememangnya bertuah kerana telah jumpa laman web MY EMPAYAR yang akan guide anda sehingga anda mampu buat website atau blog anda sendiri

4. Modal (optional)
Sama ada anda mahu keluarkan modal atau tidak, ia tidak menjadi masalah untuk anda buat website ini kerana ada beberapa platform untuk anda buat website atau blog secara percuma. Terdapat banyak platform untuk anda buat website tetapi hanya 3 sahaja platform gergasi yang paling popular dikalangan web developer iaitu WordPress, Blogspot dan Joomla.

Dua Platform Gergasi yang paling popular untuk anda buat website ialah WordPress dan Blogspot dan saya hanya akan sentuh 2 platform ini sahaja. Blogspot untuk anda yang tidak mahu keluarkan sebarang modal manakala wordpress mempunyai optional sama ada mahukan yang free atau perlu keluarkan modal. Jika perlu keluarkan modal sekali pun, tidak lebih dari Rm12 je pun sebulan. Apa pun bergantunglah pada keselesaan anda semua. Masing masing ada kelebihannya, nanti kita bincang pula bab ni.

Orait itulah antara keperluan untuk buat website atau laman web yang perlu sahabat tahu.

172 total views, 1 views today

(Visited 14 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Peralatan Untuk Buat Website atau Laman Web”

Leave a Comment

error: Content is protected !!