Perbezaan Antara Blog dan Website

For sure masih ramai yang keliru perbezaan antara blog dan website. Pentingkah untuk kita mengetahui perbezaan ini? Sebelum ini saya pernah mention bahawa anggap sahaja website itu blog dan blog itu website supaya anda semua tidak pening kepala. Sekarang mari kita peningkan kepala sedikit supaya kita tahu apa perbezaan sebenarnya. Jom baca lagi.

Untuk memudahkan anda faham, saya ambil contoh: Semua kereta adalah kenderaan, tetapi bukan semua kenderaan adalah kereta. Dengan kata lain, Semua blog adalah laman web, tapi bukan semua laman web adalah blog.

Adakah anda boleh faham dengan perumpamaan di atas? Jika ya saya rasa anda telah faham perbezaan antara blog dan website. Orait untuk lebih jelas lagi, mari kita perincikan lagi perbezaannya. Perbezaan yang  paling asas diantara blog dan website adalah berkaitan dengan format, bagaimana kandungan atau maklumat dipersembahkan dalam website anda. Selain daripada itu, hanya terdapat perbezaan yang kecil sahaja, dan tidak harus difikirkan. Mari kita perincikan lagi perbezaannya.

Apa Itu Blog

Blog lebih berbentuk diari yang kandungannya sentiasa up to date.
Selalunya, blog akan memaparkan kandungan terbaru terlebih dahulu, dan diikuti oleh kandungan-kandungan yang sebelumnya.

Blog sangat mudah dibuat dengan menggunakan beberapa platform yang popular seperti Blogspot atau wordpress. Ia tidak memerlukan banyak setup yang rumit, sangat simple berbanding website. Mempunyai kandungan yang ilmiah (ada juga blog sampah) yang dikongsi oleh si empunya blog kepada orang ramai untuk mendapatkan manfaat darinya.

kandungan blog disusun secara kronologi dan juga terdapat ruangan komen untuk pembaca meninggalkan pendapat atau pertanyaan. biasanya kandungan blog direkodkan dengan tarikh, (author iaitu penulis) kategori dan sebagainya.

Contoh blog: blog ini sendiri (myempayar.com) Oh media, siakap keli dan lain-lain.

Apa Itu Website

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, blog juga adalah termasuk dalam website jadi tidak salah jika dipanggil blog itu sebuah website. Akan tetapi sudah pasti website itu tidak semestinya blog kerana ada website yang tidak mengandungi artikel yang sentiasa up to date.

Sering dipanggil website atau laman web jika web tersebut hanya memaparkan beberapa buah halanan sahaja. Tidak seperti blog kadang kala boleh cecah ribuan halaman (satu posting di anggap satu halaman).

Website juga berbentuk statik serta tetap. Sebagai contoh, jika anda masuk ke blog My Empayar hari ini, anda akan melihat halaman utama ialah sebuah posting “Perbezaan Antara Blog dan Website”. sebulan kemudian, mungkin halaman utama blog My Empayar ialah posting “Rahsia Silent Money Maker jana income”.

Manakala website pula halaman utamanya tidak berubah berbulan lamanya bahkan mungkin makan puluhan tahun halaman utamanya tetap tidak berubah. Laman web biasanya digunakan oleg syarikat atau company perniagaan atau rasmi.

Contoh website ialah: Maybank2u, Cimbclicks, Komik Hk dan sebagainya.

Apa pun, adakala sebuah website juga mempunyai halaman blog dimana ia mempunyai posting atau artikel yang up to date di halaman berbeza dibawah domain yang sama tetapi tetap mengekalkan paparan halaman yang utama.

Contohnya ialah: website komikhk.com

Kesimpulan yang boleh saya buat ialah, blog sangat mudah untuk kita setup manakala website agak sukar kerana ia memerlukan kelihatan profesional kerana untuk menjaga imej perniagaan. Manakala blog pula tidak memerlukan make up yang lebih lebih kerana blog dibuat hanya untuk perkongsian maklumat dengan orang ramai. Harapnya anda semua sudah jelas Perbezaan antara blog dan website.

Sudah baca posting Kelebihan ada website atau blog kepada individu dan posting Kelebihan ada website atau blog kepada peniaga?

220 total views, 5 views today

(Visited 20 times, 1 visits today)

1 thought on “Perbezaan Antara Blog dan Website”

Leave a Comment

error: Content is protected !!