Perbezaan Post dan Page di Blog Serta Kegunaanya

Ramai yang keliru apakah sebenarnya perbezaan antara Post dan Page di blog. Sekali tengok macam sama. Masing-masing boleh diisi dengan artikel dan content. Orait mari saya tunjukkan beberapa perbezaan antara post dan page ini.

Cara nak buat blog page ialah sama juga dengan buat blog post. Klik page di dashboard blogger (seperti di bulat merah) kemudian klik new page. Jika anda masih tidak tahu cara buat blog post, sila baca Cara Posting di blog

Perbezaan Post dan Page di Blog Serta Kegunaannya

Selepas anda membaca post ini, insyaAllah saya jamin anda akan faham perbezaan serta kegunaannya.

Blog Post serta Kegunaanya

Adalah kandungan yang bersifat dinamik dan bersilih ganti. Dimana setiap kali kita nak buat posting baru, blog post menjadi pilihan kita untuk mengisi content yang segar untuk santapan pembaca. Paparan blog post juga mengikut turutan masa ketika anda publish sesuatu posting. Contoh hari ini anda buat posting mengenai cara masak kari dan esoknya pula anda buat posting cara masak megi, maka blog post cara masak megi akan menduduki tangga atas dalam list posting anda. Blog post memaparkan artikel dan content yang sentiasa segar. Contoh blog post ialah posting ini sendiri dan posting lain yang ada dalam blog ini.

Selain itu, blog post mempunyai fungsi labeling atau tag atau kategori (tag dan kategori hanya ada di wordpress sahaja) iaitu sebuah fungsi yang memudahkan para pembaca blog anda membuat pencarian.

Blog Page Serta Kegunaannya

merupakan halaman yang statik dan tetap. Anda hanya buat sekali sahaja lepas tu biarkan. Halaman blog page tidak mempunyai fungsi tag label dan kategori.

Orait contoh content yang selalu digunakan di blog page ialah maklumat blog atau website anda seperti hubungi kami, tentang kami, privacy disclaimer dan lain-lain content yang bersifat tetap.

Blog page biasanya digunakan di homepage atau kandungan menu. Sebagai contoh di blog ini yang menggunakan blog page ialah “Hubungi” Saya dan “Mengenai Saya di bahagian menu blog ini”

Dua page ini iaitu hubungi saya dan mengenai saya ini saya hanya buat sekali sahaja tanpa perlu buat penambahan blog page lain. Blog page juga jika anda buat dan publishkan ia tidak akan muncul di blog atau website anda melainkan anda yang mahu menunjukkan atau meletakkan page tersebut di blog anda dengan sedikit setup yang perlu anda lakukan seperti anda mahu letakkan page tersebut di bahagian menu seperti menu “mengenai saya” yang ada dalam blog ini.

Manfaatkan penggunaan Post dan Page di blog anda jika anda sudah jelas dan tahu perbezaan post dan page di blog. Sekian

280 total views, 1 views today

(Visited 52 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!