Cara Buat Blog Sendiri Lengkap Dalam Bahasa Melayu

Tutorial lengkap cara buat blog sendiri dalam bahasa melayu ini disediakan oleh My Empayar secara percuma dan lengkap khas untuk anda yang ingin belajar buat blog. buat masa ini my empayar menyediakan tutorial buat blog dengan menggunakan Blogspot dimana konten untuk tutorial buat blog dengan wordpress masih dalam pembikinan. jika anda rasakan tutorial ini masih belum lengkap dan ingin bertanya mengenai apa-apa sahaja mengenai cara buat blog, silalah Hubungi Saya dan saya akan respon seberapa segera yang mungkin. orait, selamat belajar 😉

Cara Buat Blog Sendiri Dengan Blogspot

Jika anda ingin belajar step by step atau post by post, silalah klik atau pilih link-link post dibawah yang anda ingin belajar atau anda boleh terus skroll ke bawah untuk belajar secara berterusan.


Apa Itu Blogspot dan Kriterianya

Blogspot adalah salah satu platform gergasi kepunyaan google. Google menawarkan tempat untuk kita membina website atau blog secara percuma. Apa itu blogspot In Shaa Allah anda akan jelas sejelasnya kali ini. Mari kita lihat sejarah blogspot ini.

Blogspot atau dikenali juga sebagai blogger mula diperkenalkan pada tahum 1999 yang diasaskan oleh Pyra Labs. atas faktor yang tidak diketahui blogspot telah telah dibeli dan diambil alih oleh google untuk dijadikan anak syarikatnya pendek kata platform blogspot telah menjadi hak milik mutlak google dan pada ketika inilah blogspot mula meletup dan terkenal diseluruh dunia.

Untuk mendapatkan sebuah website atau blog ini, anda hanya memerlukan sebuah akaun google sahaja. Macam mana nak daftar akaun google? Mudah sahaja, hanya perlu sebuah emel gmail dan anda telah mendapat sebuah akaun google. Dengan akaun gmail tersebut, anda mampu mengguna pelbagai fungsi yang ditawarkan oleh google secara percuma, hebat kan?. Sedikit sebanyak mengenai apa itu blogspot, saya rasa anda sudah jelas mari saya perincikan lagi mengenai blogspot ini.

Ciri-ciri Blogspot

1. Hosting dan Domain Adalah Percuma.

Google menawarkan hosting dan domain secara percuma kepada anda untuk buat website. Masih tidak tahu mengenai hosting? Silalah baca posting saya Apa Itu Hosting. Berapa spec yang ditawarkan oleh blogspot ini? Jika anda create sebuah blog limited saiz space hosting yang ditawarkan ialah 1 gb manakala jika anda buat blogspot bersama akaun google plus, anda mendapat space yang bersaiz lebih dari 10gb. Berapa daiz sebenar yang ditawarkan jika guna akaun google plus? Mengikut google support, blog anda boleh menampung sehingga 15gb. Dengan space 15gb anda mampu menyimpan ratusan ribu gambar.

2. Domain yang Percuma.

Mengenai domain, anda sebenarnya mempunyai 2 pilihan sama ada yang percuma dan yang berbayar. Baca posting saya Apa Itu Domain jika anda masih samar dengan maksud domain. Domain percuma yang disediakan oleh google agak panjang. Contoh, katakan My Empayar menggunakan domain dan hosting percuma dari google ini, maka domainnya akan menjadi myempayar.blogspot.com.
Agak panjang bukan? Walaupun panjang sebenarnya tiada masalah ramai je otai otai bloger yang guna domain percuma ini dan blog mereka mampu menyaingi blog blog yang guna domain berbayar (Top Level Domain) bahkan lebih hebat lagi. Sama ada yang percuma atau yang berbayar terpulang lah kepada anda semua. Jadi macam mana pula jika anda mahu guna hosting percuma dari google dan mahu domain berbayar (TLD)?. Tiada masalah, anda boleh beli dan sewa domain tersebut terus dari google atau menggunakan servis dari host provider seperti Netkl. Sy ada sebuah blog yang guna hosting dari google dan guna domain (TLD) kosnya hanyalah RM45 setahun tetapi blog tersebut mampu memberi income kepada saya sekitar RM400 hingga RM500 sebulan secara konsisten kadang kala mencecah seribu sebulan.bab ini kita akan belajar dalam Posting yang ditunggu-tunggu iaitu bagaimana Silent Money Maker jana Income. Kita belajar step by step dari asas hinggalah anda boleh survive sendiri.

3. Mesra pengguna dan mudah digunakan.

Ada yang mengatakan blogspot sesuai untuk beginer yang baru bermula dengan dunia website atau bloger. Saya sangat tidak setuju dengan statement ini. Di luar sana otai-otai blogger masih ramai yang guna blogspot ini. Sama ada anda masih baru atau lama, blogspot sesuai untuk semua orang dan yang jelas dan pasti ialah blogspot memang mudah digunakan. Register pun mudah setup pun mudah, semudah ABC.

4. Terhad untuk Anda Make up website anda.

Blogspot tidak menawarkan banyak pilihan untuk anda make up web dan blog anda. Tidak banyak plugin yang disediakan untuk anda supaya web anda kelihatan seperti hypermarket. Pada saya ini sebenarnya tidak penting, asalkan kita tahu make up serba sedikit yang bakal memudahkan pengunjung kita untuk baca blog kita itu pun sudah cukup.

5. Satu Akaun Gmail Mampu Create Ratusan Blog.

Yang ini pasti ramai yang suka. Mungkin anda terkejut bahawa dengan hanya satu akaun gmail anda mampu bina ratusan website dan blog. Hebat bukan? Dan semestinya ia adalah percuma. Hehehe.


Cara Buat Laman Web Dengan Blogspot

Sudah baca post: Kelebihan ada website atau blog kepada individu?

Register akaun google

Untuk dapatkan akaun google, anda hanya perlu daftar emel gmail sahaja. Semudah abc. Saya percaya sudah ramai yang ada emel gmail. Kalau belum ada sila buka sekarang klik www.gmail.com untuk daftar.

 

Login Akaun Blogger

Orait, untuk login akaun blogger, sila ke (klik) www.blogger.com kemudian sign in atau klik Create Your Blog. Kemudian masukkan emel dan pasword anda.

p/s: dengan satu emel gmail anda, anda boleh guna puluhan servis dari google secara percuma.

 

Kemudian pilih sama ada anda mahu Google+profile atau Blogger profile. Dalam tutorial ini saya akan tunjuk untuk Blogger Profile. Untuk google+profil kita boleh upgrade bila-bila masa sahaja. Nanti saya akan terangkan kelebihan dan kekurangan antara dua akaun tersebut. Blog saya banyak yg Blogger Profil.

Orait klik Blogger Profile.

 

Isikan nama anda yg akan di paparkan apabila anda buat posting blog. Anda boleh letak nickname anda atau nama penuh kemudian klik continue to blogger.

 

Orait sekarang anda sudah berada di halaman dashboard blogspot atau blogger. Untuk bina web atau blog, klik Create New Blog

 

Bila anda klik Create new Blog, akan keluar satu pop up seperti di atas. Isikan nama domain anda dan tajuk blog anda. Baca Apa Itu Domain supaya anda lebih jelas.

Dalam gambar di atas saya memilih My Empayar sebagai tajuk blog saya dan domain saya letak sebagai My-Empayar. Tema (paparan) blog anda boleh pilih seperti gambar di atas yang telah disediakan oleh blogger. Dah siap isi klik Create Your Blog. Orait dah siap.

 

Orait untuk lihat bagaimana rupa laman web anda, sila klik view blog

 

Di atas adalah paparan blog saya. Anda boleh lihat contoh blog yang saya create semasa saya buat posting ini. Klik my-empayar.blogspot.com untuk lihat contohnya.

Orait dah siap. Itulah cara buat laman web atau blog guna blogspot. Senang bukan? Hehe. Harap sangat bermanfaat untuk semua. jika ada pertanyaan, silalah hubungi saya di https://myempayar.com/hubungi-saya


Cara Buat Posting di Blog

Orait mari kita lihat cara membuat posting di blog pula.

 

Gambar kat atas ni ialah contoh blog post saya di my-empayar.blogspot.com caranya cukup-cukup mudah, ikuti panduannya di bawah ini.

Pertama sekali sila login ke akaun Blogger klik www.blogger.com dan sign in dengan akaun gmail anda. kemudian anda akan dibawa ke halaman dashboard blogger.

 

Kemudian Klik New Post seperti gambar di atas

 

No. 1: adalah tempat anda untuk mengisi tajuk blog post

No. 2: tempat untuk anda mengisi kandungan blog post

No. 3: klik Publish jika anda bila anda sudah siap dan berpuas hati dengan karangan anda

orait, cukup-cukup mudah bukan. itu lah cara posting di blog dengan blogspot, huhu. anda nak lihat secara live contoh blogpost saya di blogspot? Klik Sini


Cara Masukkan Gambar atau Video di Blog Post

Mula-mula sekali login akaun blogger anda www.blogger.com jika dah masuk ke dashboard, sama ada anda nak buat posting baru atau nak masukkan gambar atau video di posting yang sedia ada, sama sahaja caranya,  cukup mudah. Kalau nak buat posting baru, macam biasa klik New Post atau jika anda nak letak gambar di posting yang sedia ada, juz klik Edit Post.

 

Tutorial yang saya tunjukkan ini ialah saya edit posting yang sedia ada. Seperti gambar diatas, 2 icon yang di bulat diatas ialah butang untuk upload gambar dan video untuk diletakkan dalam posting blog.

 

Icon no. 1 ialah untuk upload image manakala no. 2 untuk upload video. Katakan anda nak masukkan gambar dalam blogpost sila klik butang no. 1

 

Akan keluar satu pop up seperti di atas. Kemudian klik choose file silalah pilih gambar mana yang anda mahu letak dalam blog. Dah pilih gambar klik di gambar yang anda pilih tadi kemudian klik add selected butang warna biru.

 

Kemudian pilih lah anda mahu berapa besar gambar yang nak diletak dalam posting anda pilih di kotak biru seperti gambar di atas. Orait bila dah selesai, di butang warna oren klik “publish” jika anda  buat posting baru atau klik “update”untuk posting yang sudah ada. Selesai.. anda nak lihat contoh post yang ada gambar di blogspot? Lihat Disini.

Yang saya tunjukkan ialah cara nak masukkan image manakala untuk masukkan video pula stepnya sama sahaja anda cuma perlu klik icon video (icon no. 2) untuk masukkan video dalam posting anda. Orait sekian dahulu Cara Masukkan Gambar atau Video di posting blog. Mudah sahaja.


Pasang dan  Buang Widget di Blog

Apa itu widget dalam blog? Widget merupakan komponen kecil yang terkandung dalam blog. Widget berperanan sebagai info atau alat tambahan mengenai blog anda sendiri atau info luar dari blog. Widget biasanya dipaparkan di bahagian side bar sebelah kanan blog jika blog anda dilihat menggunakan dekstop atau anda menggunakan template unresponsive manakala jika anda guna template responsive danndi view melalui smartphone, paparan widget berada di bahagian paling bawah. Ada juga widget dipaparkan di bahagian atas atau paling bawah serta di tengah blog. ia bergantung kepada template yang anda guna.

 

Ini merupakan contoh view blog myempayar. com. Yang bertanda bulat warna merah merupakan widget yang ada dalam blog my empayar.

Berbagai jenis widget yang anda boleh pasang dan telah disediakan oleh blogger (blogspot) untuk anda. Kadang kala, apabila anda instal template luar dari yang disediakan oleh blogspot, akan mengandungi banyak widget yang mungkin anda tidak mahu pasang di blog. Orait mari kita lihat tutorial cara setup widget di blog. Tutorial ini mengandungi cara pasang dan cara remove widget di blogspot.

 

Pertama sekali silalah login akaun blogger anda. Klik www.blogger.com kemudian di halaman dashboard Klik Layout.

 

Orait ini adalah layout blog my-empayar.blogspot.com. layout anda mungkin berbeza dari layout kepunyaan saya jika anda menggunkan template jenis lain dimana saya menggunakan template yang disediakan oleh blogspot. Layout sidebar saya berada di sebelah kiri. Dimana pun sidebar anda berada, caranya sama sahaja. Klik add a gadget

 

Orait, bila dah klik add a gadget, anda akan dibawa ke gedung gadget yang disediakan oleh blogspot seperti di atas. Free je xya bayar. Pilih yang mana anda nak pasang mengikut keselesaan dan kesesuaian blog anda. Bila dah jumpa yang mana anda berkenan, silalah klik butang add (+) dibahagian kanan. Orait selesai.

Anda boleh drag gadget yang anda telah pasang ke atas atau ke bawah mengikut kemahuan anda dibahagian layout tersebut.

Cara Buang Widget di Blog

Kadang kala, widget yang banyak boleh buat pengunjung berserabut melihat blog anda lebih-lebih lagi jika anda guna template selain dari yang disediakan oleh blogspot. Orait cara remove atau buang widget pula.

 

Di layout bahagian widget yang telah terpasang atau yang anda telah pasang, klik butang pensil seperti gambar kat atas

 


Kemudian klik remove, done. Mudah saja

Oleh kerana terlalu banyak gadget yang disediakan, saya tidak dapat buat dan tunjukkan satu persatu mengenai gadget yang ada di blogspot. Anda perlu usha dan survey sendiri gadget manakah yang sesuai untuk blog anda. Orait sekian dulu dari saya cara pasang widget di blog. selamat maju jaya 😉


Cara Tukar Template Blog

untuk menukar template blog, anda mempunyai 2 pilihan untuk template tersebut. sama ada anda boleh pilih yang disediakan oleh blogspot atau anda boleh guna template yang disediakan oleh developer template blog sama ada secara percuma atau berbayar. orait mari kita lihat dulu cara tukar template yang disediakan oleh blogspot.

 

Pertama sekali silalah login ke akaun blogger anda klik www.blogger.com. Orait bila dah masuk ke dashboard blogger seperti di atas, klik menu theme.

 

Bila dah klik menu theme, akan terpapar beberapa tema atau template yang disediakan oleh blogger. Anda boleh pilih template manakah yang anda suka. Disarankan supaya anda baca posting Cara Memilih Template Blog yang Baik supaya anda jelas dan senang membuat keputusan untuk memilih template manakah yang sesuai dengan blog anda.

 

Dalam tutorial ini saya memilih template Soho untuk blog blogspot saya iaitu my-empayar.blogspot.com seperti diatas.

 

Bila dah tentukan template manakah yang menjadi pilihan anda, silalah klik template tersebut kemudian klik Apply To Blog. Orait dah hampir siap cara tukar template blog ini.

 

Orait bila apply dan siap dan anda mahu lihat hasilnya di blog anda, silalah klik View Blog.

 

Jika anda rasa agak tidak berpuas hati dan mahu menukar beberapa perkara di template blog seperti tulisan, gambar background atau warna template mengikut kesukaan anda, sila ke blogger anda semula dan klik theme kemudian klik customize seperti gambar di atas.

 

Akan keluar satu paparan customize seperti di atas. Sila lah pilih part dan setting manakah yang anda ingin ubah. Bila dah selesai klik apply to blog dan lihatlah hasilnya.

Orait itulah cara tukar template blog yang disediakan oleh blogger, cukup mudahkan? jom lihat pula cara tukar template blog guna theme selain yang disediakan oleh blogspot


Cara Tukar Template Guna Theme Selain yang Disediakan Oleh Blogspot

pertama sekali anda perlu cari template yang disediakan oleh developer template blog sama ada yang percuma atau yang berbayar. cara mudah anda google je template blogspot. lihat gambar dibawah untuk step dan langkah-langkahnya.

 

bila anda dah google template blogspot, carian akan keluar seperti diatas. pilih sahaja mana-mana template developer yang anda mahu. dalam tutorial ini saya memilih untuk guna template dari web gooyabite.

 

orait bila dah masuk ke web yang anda mahu download template. survey lah dahulu web tersebut. jika anda mahu download di web gooyabite anda disediakan pelbagai jenis template. disini saya guna template jenis responsive. apa itu template responsive? silalah baca posting Cara Memilih Template Blog yang Baik. orait bila dah usha dan telah jumpa template blog yang anda berkenan, sila klik template yang anda mahu tersebut.

 

orait anda akan lihat butang seperti di atas iaitu Live Preview, Buy dan Download. 3 butang ini tidak semestinya sebijik seperti di atas adakala ia berbentuk lain tidak seperti diatas. jika anda mahu beli klik je buy. jika xmahu beli klik je download terus.. hehe sape xmahu benda free. apa pun yang korang mahu, terlebih dahulu lihat preview blog dahulu supaya anda betul-betul puas hati dengan template tersebut, klik Live Preview untuk lihat. bila dah puas hati klik Download.

 

bila dah download. sila semak di folder anda. anda akan dapat file template tersebut dalam bentuk RAR atau ZIP dimana anda perlu extract terlebih dahulu file tersebut. cara extract, right klik file ZIP template yang anda download tersebut.

 

Orait bila dah selesai download dan extract file template tersebut. sila ke akaun blogger anda. klik www.blogger.com untuk ke akaun anda dan sila login. bila dah login ke akaun dashboard blogger anda sila klik theme.

 

orait di paparan theme blogger anda, sila klik Backup / Restore

 

Kemudian klik Choose File

 

cari lokasi file tempate yang anda telah extract, kemudian double klik di folder template yang telah di extract. lihat contoh di atas.

 

Kemudian klik file yang berformat XML Document. Klik file tersebut kemudian klik open.

 

orait kemudian klik Upload. ok dah siap. anda telah pun berjaya menukar template blog anda dengan menggunakan template yang disediakan oleh developer luar. biasanya template dari developer luar ini lebih cantik dan menarik dari yang disediakan oleh blogspot.

 

kadang kala, template blog selain blogspot ini agak sukar sedikit untuk setup kerana ia mempunyai banyak functionnya. anda perlu explore blogger akaun anda. akan tetapi jangan khuatir kerana developer ini akan menyediakan dokumentasi cara untuk setup template yang anda download. untuk melihat documentasi ini, di template blog pilihan anda, klik live preview dan di live preview tersebut dibahagian menu utama, klik Documentation.

orait sekian dahulu tutorial cara tukar template blog guna theme selain blogspot.


Cara Masukkan Link atau Url kedalam Teks atau Image

Bab ini boleh dikatakan sangat penting untuk anda tahu. Saya menerima banyak emel bertanyakan bagaimana cara masukkan link ke dalam teks atau image. Orait sebelum kita mulakan, anda boleh refresh dahulu baca Apa Itu Link atau Url

 

Apa itu masukkan link kedalam text atau image? Lihat gambar di atas, perkataan “silalah klik disini” seperti yang saya bulatkan warna merah tersebut mengandungi link yang mana bila klik pada perkataan tersebut ia akan menuju ke suatu halaman tertentu berdasarkan link yang telah saya tanam ke dalam perkataan itu. Ia di panggil Hyperlink. Hyperlink ialah meletakkan link atau url ke dalam perkataan atau gambar tanpa mengubah perkataan atau gambar tersebut. Katakan jika anda seorang affiliater dan anda mahu letakkan link affiliate anda ke dalam blogpost, jika anda juz copy dan paste sahaja ia tidak akan berfungsi jika ada orang klik link tersebut. Anda peru buat Hyperlink barulah link tersebut akan berfungsi. Orait cakap banyak pula ya, hihi mari kita teruskan topik cara masukkan link kedalam teks atau image aka hyperlink ini.

 

Pertama sekali bina satu blogpost dahulu atau anda boleh edit posting anda yang sedia ada. Baca Cara Posting Di Blog jika anda masih tidak tahu cara buat posting blog.

 

Kemudian select perkataan atau teks yang anda ingin tanam link atau url. Kemudian..

 

Bila dah select teks yang anda mahu, kemudian klik icon Link seperti yang saya bulatkan warna merah di gambar atas.

 

Orait bila dah klik icon link, akan keluar satu pop up seperti di atas. Masukkan link atau url yg anda mahu ke dalam kotak “which URL should this link go to?”

Tick “open this link in a new window” jika anda mahu link tersebut dibuka pada window berlainan. Bila dah siap, klik OK.

 

Bila dah klik ok, teks yang anda pilih tadi akan menjadi seperti di atas. Teks tersebut akan jadi warna lain dan jika anda letak mouse pada teks tersebut, akan keluar url yang anda tanam tadi. Bila keluar macam ni maksudnya anda telah berjaya menanan url ke dalam teks anda. Kemudian klik publish. Dah siap? Cubalah test link tersebut function ke tidak. Jika follow step yang saya tunjukkan, pasti menjadi!!

Orait. Begitu juga dengan nak masukkan url kedalam image. Caranya sama sahaja. Kalau teks anda perlu select perkataan kemudian klik icon Link. Manakala untuk image pula anda perlu klik image untuk select kemudian klik icon Link. Biasanya untuk image anda perlu buat 2 kali baru menjadi.

Baca Cara masukkan image dan video di blog post jika anda masih tidak tahu cara masukkan image dalam blogpost.

Orait nak tengok contoh post saya yang mengandungi hyperlink seperti tutorial kat atas? Klik sini 😉

Orait, jika ada sebarang masalah dan pertanyaan, silalah hubungi saya

Hubungi Saya

1,174 total views, 6 views today

(Visited 123 times, 1 visits today)

Leave a Comment