Cara Masukkan Link ke dalam Teks atau Image

Bab ini boleh dikatakan sangat penting untuk anda tahu. Saya menerima banyak emel bertanyakan bagaimana cara masukkan link ke dalam teks atau image. Orait sebelum kita mulakan, anda boleh refresh dahulu baca Apa Itu Link atau Url

 

Apa itu masukkan link kedalam text atau image? Lihat gambar di atas, perkataan “silalah klik disini” seperti yang saya bulatkan warna merah tersebut mengandungi link yang mana bila klik pada perkataan tersebut ia akan menuju ke suatu halaman tertentu berdasarkan link yang telah saya tanam ke dalam perkataan itu. Ia di panggil Hyperlink. Hyperlink ialah meletakkan link atau url ke dalam perkataan atau gambar tanpa mengubah perkataan atau gambar tersebut. Katakan jika anda seorang affiliater dan anda mahu letakkan link affiliate anda ke dalam blogpost, jika anda juz copy dan paste sahaja ia tidak akan berfungsi jika ada orang klik link tersebut. Anda peru buat Hyperlink barulah link tersebut akan berfungsi. Orait cakap banyak pula ya, hihi mari kita teruskan topik cara masukkan link kedalam teks atau image aka hyperlink ini.

 

Pertama sekali bina satu blogpost dahulu atau anda boleh edit posting anda yang sedia ada. Baca Cara Posting Di Blog jika anda masih tidak tahu cara buat posting blog.

 

Kemudian select perkataan atau teks yang anda ingin tanam link atau url. Kemudian..

 

Bila dah select teks yang anda mahu, kemudian klik icon Link seperti yang saya bulatkan warna merah di gambar atas.

 

Orait bila dah klik icon link, akan keluar satu pop up seperti di atas. Masukkan link atau url yg anda mahu ke dalam kotak “which URL should this link go to?”

Tick “open this link in a new window” jika anda mahu link tersebut dibuka pada window berlainan. Bila dah siap, klik OK.

 

Bila dah klik ok, teks yang anda pilih tadi akan menjadi seperti di atas. Teks tersebut akan jadi warna lain dan jika anda letak mouse pada teks tersebut, akan keluar url yang anda tanam tadi. Bila keluar macam ni maksudnya anda telah berjaya menanan url ke dalam teks anda. Kemudian klik publish. Dah siap? Cubalah test link tersebut function ke tidak. Jika follow step yang saya tunjukkan, pasti menjadi!!

Orait. Begitu juga dengan nak masukkan url kedalam image. Caranya sama sahaja. Kalau teks anda perlu select perkataan kemudian klik icon Link. Manakala untuk image pula anda perlu klik image untuk select kemudian klik icon Link. Biasanya untuk image anda perlu buat 2 kali baru menjadi.

Baca Cara masukkan image dan video di blog post jika anda masih tidak tahu cara masukkan image dalam blogpost.

Orait nak tengok contoh post saya yang mengandungi hyperlink seperti tutorial kat atas? Klik sini 😉

Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan, silalah Hubungi Saya

275 total views, 2 views today

(Visited 65 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!