Cara Pasang Widget Dalam Blog

Apa itu widget dalam blog? Widget merupakan komponen kecil yang terkandung dalam blog. Widget berperanan sebagai info atau alat tambahan mengenai blog anda sendiri atau info luar dari blog. Widget biasanya dipaparkan di bahagian side bar sebelah kanan blog jika blog anda dilihat menggunakan dekstop atau anda menggunakan template unresponsive manakala jika anda guna template responsive danndi view melalui smartphone, paparan widget berada di bahagian paling bawah. Ada juga widget dipaparkan di bahagian atas atau paling bawah serta di tengah blog. ia bergantung kepada template yang anda guna.

 

Ini merupakan contoh view blog myempayar. com. Yang bertanda bulat warna merah merupakan widget yang ada dalam blog my empayar.

Berbagai jenis widget yang anda boleh pasang dan telah disediakan oleh blogger (blogspot) untuk anda. Kadang kala, apabila anda instal template luar dari yang disediakan oleh blogspot, akan mengandungi banyak widget yang mungkin anda tidak mahu pasang di blog. Orait mari kita lihat tutorial cara setup widget di blog. Tutorial ini mengandungi cara pasang dan cara remove widget di blogspot.

 

Pertama sekali silalah login akaun blogger anda. Klik www.blogger.com kemudian di halaman dashboard Klik Layout.

 

Orait ini adalah layout blog my-empayar.blogspot.com. layout anda mungkin berbeza dari layout kepunyaan saya jika anda menggunkan template jenis lain dimana saya menggunakan template yang disediakan oleh blogspot. Layout sidebar saya berada di sebelah kiri. Dimana pun sidebar anda berada, caranya sama sahaja. Klik add a gadget

 

Orait, bila dah klik add a gadget, anda akan dibawa ke gedung gadget yang disediakan oleh blogspot seperti di atas. Free je xya bayar. Pilih yang mana anda nak pasang mengikut keselesaan dan kesesuaian blog anda. Bila dah jumpa yang mana anda berkenan, silalah klik butang add (+) dibahagian kanan. Orait selesai.

Anda boleh drag gadget yang anda telah pasang ke atas atau ke bawah mengikut kemahuan anda dibahagian layout tersebut.

Cara Buang Widget di Blog

Kadang kala, widget yang banyak boleh buat pengunjung berserabut melihat blog anda lebih-lebih lagi jika anda guna template selain dari yang disediakan oleh blogspot. Orait cara remove atau buang widget pula.

 

Di layout bahagian widget yang telah terpasang atau yang anda telah pasang, klik butang pensil seperti gambar kat atas

 


Kemudian klik remove, done. Mudah saja

Oleh kerana terlalu banyak gadget yang disediakan, saya tidak dapat buat dan tunjukkan satu persatu mengenai gadget yang ada di blogspot. Anda perlu usha dan survey sendiri gadget manakah yang sesuai untuk blog anda. Orait sekian dulu dari saya cara pasang widget di blog. selamat maju jaya 😉

Ada sebarang masalah dan pertanyaan, silalah

Hubungi Saya

185 total views, 1 views today

(Visited 12 times, 1 visits today)

Leave a Comment