5 Candlestick Pattern Yang Power Dalam Forex

Candlestick Pattern Merupakan salah satu asas teknikal analisis yang wajib dikuasai oleh semua trader forex. Candlestick juga berperanan penting dalam memberi signal kepada anda untuk masuk position sama ada buy atau sell.

Candlestick pattern yang wajib anda kuasai ialah Candlestick Reverse Signal iaitu candle yang menunjukkan tanda-tanda harga atau chart forex bakal melakukan uturn. contohnya jika chart menaik dan ada tanda-tanda pattern reversal ini, maka ia memberi anda signal bahawa market akan turun aka bearish.

sebelum kita pergi lebih lanjut, jom buat revision semula mengenai asas candlestick. tanpa memahami asas candlestick ini, agar sukar untuk kita faham candle reverse pattern.

Basic Candlestick

Berdasarkan gambar basic candlestick dibawah, warna hijau ialah candle buy atau bullish dimana close dan high serta antara open dan low dipanggil shadow bentuk seperti sebatang lidi halus. manakala bentuk besar warna hijau dipanggil body. shadow menunjukkan price pernah sampai pada harga tertentu.

begitulah sebaliknya dengan candle berwarna merah aka sell atau bearish.

freeonlinetradingeducation.com

note: candle tidak semestinya berwarna hijau untuk bullish atau warna merah untuk candle bearish, warna anda boleh setting sendiri di Platform metatrader 4 mengikut kesukaan anda. warna apa pun tidak kisah asalkan anda boleh bezakan yang mana candle buy dan yang mana candle sell. lihat contoh basic candlestick di atas.

Candlestick Reverse Pattern

Orait, kami akan menyentuh dan hurai 5 Candlestick Reverse Pattern yang powerfull dan sering digunakan oleh profesional trader sahaja dan anda wajib menguasai Candle pattern tersebut. Candle pattern yang harus anda kuasai ialah:

Bullish Candle Pattern : candle yang menunjukkan chart akan naik ketika market downtrend

  1. Pin Bar
  2. Hammer
  3. Morning Star
  4. Bullish Engulfing
  5. Tweezer Bottom

Bearish Candle Pattern : candle yang memberi anda signal bahawa chart akan menurun pada market uptrend

  1. Pin Bar
  2. Shooting Star
  3. Evening Star
  4. Bearish Engulfing
  5. Tweezer Top

Mari kita lihat contoh satu persatu serta penerangannya. kita lihat dahulu Bearish candle Pattern.

Pin Bar

Candle reverse pattern yang paling popular dikalangan trader forex mahupun saham. candle ini digunakan secara meluas dan selalu ditunggu. candle pin bar menandakan market sangat kuat untuk berlakunya reversal market.

instaforexpips.com

ciri-ciri pinbar ialah shadow yang sangat panjang dengan body candle yang sangat kecik. gambar di atas ialah contoh pin bar. candle ini sangat popular dan jarang trader melepaskan peluang ini untuk entry market. contoh chart yang ada pin bar dibawah:

Bearish Pin Bar

priceaction.com

Bullish Pin Bar

priceaction.com

Hammer dan Shooting Star

Ciri-ciri lebih kurang dengan pin bar juga. bezanya ialah shadownya sedikit pendek dari pin bar dan bodynya sedikit besar dari pin bar. majoriti trader mat saleh tidak membezakan antara Hammer dan shooting star dengan pin bar. beza dan bentubentuknya yang sedikit sahaja akan tetapi Pin Bar lebih menjadi keutamaan.

  • Hammer=Bullish Pin Bar
  • Shooting Star=Bearish Pin Bar

Tidak perlu pening kepala, ingat bentuk pin bar sahaja sudah cukup kerana fungsinya sama sahaja.

Morning Star

Salah satu candle pattern yang sangat berkuasa. pattern begini yang muncul pada market menurun anda perlu berhati-berhati jika anda entry sell kerana chart boleh mencanak naik dengan tiba-tiba.

commodity.com

kalau anda perhatikan gambar diatas, ada bentuk gap down dan gap up. anda boleh abaikan gap tertersebut kerana ada certain kes ia tiada gap. akan tetapi jika candle reverse pattern begini disertai dengan 2 gap tersebut, signal untuk reverse naik ke atas adalah lebih kuat. lihat contoh morning star dalam chart dibawah:

dailyfx.com

Evening Star

Fungsinya sama juga dengan Morning star. tetapi Evening Star ialah candle reverse pattern bagi market uptrend. jika wujudnya candle pattern begini, ia menandakan market akan bearish. lihat contoh candle evening star dibawah:

commodity.com

lihat contoh evening star dalam chart dibawah:

busy.org

Bullish dan Bearish Engulfing Pattern

Bullish engulfing juga salah satu candle pattern yang digemari dan ditunggu oleh profesional trader forex mahupun saham.

Bullish engulfing merupakan signal market akan Up pada chart yang menurun.

Bearish Engulfing menandakan market akan down pada chart yang menaik.

traderrach.com

ciri-ciri bullish engulfing. candle bullish lebih besar dari candle bearish sebelumnya. lihat contoh bullish engulfing dalam chart dibawah:

dailyfx.com

Ciri-ciri Bearish Engulfing. candle bearish lebih besar dari candle bullish sebelumnya. lihat contoh candle pattern ini dalam chart dibawah:

hitandruncandlesticks.com

Tweezer Bottom dan Tweezer Top

jarang jumpa candle pattern jenis ini, kalau jumpa jangan lepaskan peluang untuk anda entry sama ada Buy atau Sell, bergantung pada signal@candle pattern yang muncul. contoh candle pattern tweezer bottom dan tweezer top:

wealthydaytrading.com

ciri-ciri tweezer bottom : shadow bawah mestilah sama antara dua candle yang berlainan (buy dan sell). bentuk kedua candle tersebut tidak xkisah bentuk macam mana pun asalkan shadow dibawahnya adalah sama level. tapi lebih kukuh jika candle tersebut mempunyai body yang besar seperti gambar di atas atau kedua candle tersebut berbentuk pin bar. tweezer bottom menandakan chart akan melonjak naik pada chart yang menurun.

Begitu juga dengan Tweezer Top, lebih kurang sama dengan tweezer bottom. shadow di atas mestilah sama level dan pattern ini akan menunjukkan signal bahawa market akan terjun pada chart yang menaik.

contoh tweezer bottom dan tweezer top dalam chart forex:

forex4live.com

Pastikan anda mahir dan menguasai 5 pattern yang sangat berkuasa ini. sebenarnya terdapat banyak candle reverse pattern dalam chart, berikut kami sertakan gambar candle pattern yang digunakan dalam market forex mahupun saham :

Bullish Candlestick Pattern

Bullish candle pattern

Bearish Candlestick Pattern

Bearish candle pattern

Dengan penerangan yang detail dan jelas seperti diatas, hope semua boleh faham dan apply dalam trading anda. kongsikan topik ini dengan rakan anda dengan klik butang fb dibawah untuk share 😉. terima kasih

792 total views, 5 views today

(Visited 372 times, 1 visits today)

2 thoughts on “5 Candlestick Pattern Yang Power Dalam Forex”

Leave a Comment

error: Content is protected !!