Apa Itu Forex dan Bagaimana Forex Boleh Menjana Income

Apa Itu Forex

Apa itu Forex, ialah short form dari perkataan Foreign Exchange iaitu pertukaran matawang asing. contohnya, anda mahu melancong ke amerika syarikat sudah tentu anda memerlukan matawang USD. anda ke money changer dan menukarkan wang anda dalam bentuk RM ke US Dolar. Maka penukaran matawang inilah dipanggil Foreign Exhange (forex). begitulah serba sedikit Apa itu forex secara ringkas, baca lagi lebih lanjut supaya anda benar-benar faham.

Forex melibatkan pertukaran 2 matawang. 1 matawang tidak akan terjadinnya Foreign Exchange

Bagaimana Forex Boleh Menjana Income

Setelah anda faham benar apa itu Forex, anda akan mudah faham bagaimana forex boleh menjana income. Katakan semasa anda menukar matawang anda di Money Changer dari RM ke USD semasa anda mahu melancong ke Amerika, Nilai ketika itu Ialah 1 USD sama dengan RM 4 (1 USD = RM4).

anda membuat pertukaran RM10,000 kepda duit USD. Maka,

RM10,000 ÷ RM4 = USD2500

hasil pertukaran di money changer dgn nilai RM10k tersebut anda memperolehi USD2.5k untuk anda membeli belah di Amerika.

Seminggu anda melancong di disana malangnya anda tidak dapat berbelanja dengan duit yang anda tukar di Money changer tersebut yang sebanyak USD2.5k kerana rakan-rakan anda sering belanja dan sponsor anda semasa berada disana.

Ketika anda pulang ke malaysia selepas seminggu melancong, anda ingin menukar kembali USD2.5k yang anda tidak guna ke Ringgit malaysia semula. Dan pada ketika ini, rate Ringgit malaysia menjadi lemah. faktor ringgit malaysia menjadi lemah mungkin disebabkan beberapa faktor contohnya pelabur asing lari dari terus melabur di malaysia dan pada ketika ini anda memerlukan RM4.50 untuk dapatkan 1 USD.

Maka ketika anda mahu menukar kembali USD2.5k anda ke bentuk RM dengan rate semasa ialah (1USD = RM4.50), jadi….

USD2500 × RM4.50 = RM11,250.

Nilai sebenar RM anda untuk berbelanja di US hanyalah RM10,000, akan tetapi semasa anda pulang ke tanah air anda memperoleh RM11,250… maka:

RM11,250 – RM10,000 = RM1,250

RM1,250 adalah keuntungan dari pertukaran anda yg anda perolehi tanpa anda sedari!!

Ya begitulah cara forex bekerja, begitulah cara forex menjana income untuk anda. simple dan profitable.

Peralatan yang anda perlukan untuk Trading Forex

Peralatan untuk anda berdagang matawang sangat mudah dan simple. anda tidak perlu ke money changer . zaman sekarang serba canggih anda boleh membuat pertukaran matawang secara online dihujung jari anda. anda hanya memerlukan Internet, Handphone atau laptop sahaja untuk anda berdagang Forex.

Bagi pemula, anda digalakkan menggunakan laptop atau komputer atau Tab untuk anda memulakan trading forex kerana ia lebih selesa semasa anda melakukan analisa market forex sama ada sesuatu matawang itu lemah atau kuat.

Note: Semakin kecil nilai matawang, semakin kuatlah matawang tersebut.

Kenapa Anda Perlu Trade Forex Untuk Menjana Income

Segala gerak kerja, urusan dagangan anda tidak melibatkan orang lain. jika anda rugi, anda tanggung sendiri. jika anda untung anda tanggung sendiri. pendek kata anda tidak menyusahkan orang lain, ganggu orang lain dalam urusan dagangan matawang. Andalah bos andalah kulinya. dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman dalam trading forex, anda mampu jana income secara konsisten hanya dengan mengguna handphone sahaja. Hebatnya forex.

Selain itu, Market forex juga merupakan pasaran terbesar didunia, ia sangatlah luas. tahukah anda NEW YORK STOCK EXCHANGE (market saham di amerika seperti BSKL di malaysia) mempunyai volume market bernilai USD 22.4 billion setiap hari. bayangkan anda mampu meraih seberapa banyak keuntungan daripada volume tersebut jika anda bermain atau trade saham.

Akan tetapi Market Forex lebih dahsyat. Nilai volume market yang beredar diseluruh dunia ialah USD 5 Trillion sehari!! Ya Forex Exchange mempunyai volume pasaran paling besar di dunia dan tidak akan habis, selagi ada individu yang menggunakan matawang untuk berurus niaga, selagi itulah Market forex akan terus wujud.

Apa Hukum Trading Forex

Menjadi isu hangat mengenai hukum bermain atau trading forex. Ada Ustaz-Ustaz mengatakan ia Haram, dan ada juga mengatakan ia adalah harus. Ada yang mengatakan Hukum forex haram dikeluarkan kerana mempunyai kepentingan tertentu, sebagai contoh, jika semua orang simpan duit dalam forex, sudah pasti Bank akan lingkup. Orang awam biasanya mengatakan ia haram kerana menganggap ia seperti berjudi dan tidak tahu selok belok sebenar dunia trading forex. Bahkan negara-negara islam lain yang mengamalkan hukum islam tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa Forex itu Haram.

saya tidak mahu ulas lebih lanjut isu hukum forex ini, anda kajilah sendiri usha sendiri mengenai hukum forex dan anda putuskanlah sendiri. jika anda pegang bahawa forex ini haram, jauhkanlah diri anda, jika anda anggap ia halal belajarlah dan jangan give up, insyaAllah rezeki anda akan melimpah ruah jika anda ikhlas.

Perbezaan Antara Saham dan Forex

Jadual dibawah menunjukkan perbezaan antara Forex dan Saham.

Pasaran sehala bermaksud anda hanya boleh beli sahaja, manakala pasaran 2 hala anda boleh beli dan jual untuk meraih keuntungan.

Semua Orang Boleh main atau Trade Forex

Berbeza dengan stock (saham), anda boleh bermula trading forex dengan bermodalkan serendah 10USD sahaja berbeza dengan saham anda memerlukan modal yang sangat besar untuk anda bermula. kita akan bincang lebih lanjut lagi perbezaan saham dan forex pada chapter seterusnya nanti.

Pada ketika dahulu, Forex hanya dibuka kepada individu dan company yang kaya raya sahaja. minimum untuk bermula trade forex ialah 10k USD. oleh kerana permintaan untuk trade forex ni tinggi oleg kerana ia berpotensi menjana income yang menarik dan santai, seingat saya ia mula dibuka kepada trader runcit (trader kecil) pada tahun 1998 dan ia boleh bermula dengan bermodalkan 10USD sahaja.

Ya semua orang boleh jana income dengan forex jika ada ilmu dan pengalaman dalam trading forex. Anda tidak perlu target untuk menjadi kaya raya atau menjadi jutawan dalam forex. dari hasil forex, anda mampu bayar ansuran bulanan kereta atau rumah atau sekadar cukup untuk membayar bulanan bil api dan air itu pun sudah melayakkan anda digelar seorang trader forex yang berjaya dan profesional. dan InsyaAllah, blog My Empayar ini akan guide anda menjadi seorang trader forex yang berjaya secara percuma.

Alhamdulillah semua dah jelas mengenai Apa itu Forex dan Bagaimana forex boleh menjana income.

P/S: jangan lupa share posting ini kepada rakan anda yang ingin belajar secara percuma dengan klik butang Fb di bawah 😉

 

99 total views, 1 views today

(Visited 1 times, 1 visits today)

1 thought on “Apa Itu Forex dan Bagaimana Forex Boleh Menjana Income”

Leave a Comment

error: Content is protected !!