Asas Forex dan Istilah Yang Perlu Anda Tahu

Anda dinasihatkan untuk membaca topik Bagaimana Untuk Bermula Trading Forex terlebih dahulu sebelum anda meneruskan membaca posting ini supaya anda cepat faham. klik sini untuk baca. jika sudah, anda boleh meneruskan bacaan.

Sebelum anda melangkah lebih jauh, anda perlu mengetahui dan memahami asas-asas dan istilah-istilah dalam forex. berikut ialah asas dan istilah serta penerangannya.

Real Trading Akaun

akaun forex yang membolehkan anda menjana income melaluinya. akaun ini memerlukan anda mendeposit sejumlah wang untuk dijadikan modal untuk anda trade. dengan serendah 10usd anda sudah boleh mula berdagang forex.

Demo Trading Akaun

akaun demo ialah akaun yang tidak memerlukan sebarang modal. nilai yg ada didalamnya disediakan oleh broker sebagai duit maya. duit yang tidak boleh dikeluarkan dari akaun tersebut. akaun jenis ini biasanya disediakan oleh broker untuk anda praktis dan mengetest server kelajuan sesuatu broker.

Islami Trading Akaun

Akaun yang patuh syariah dimana akaun jenis ini tidak mempunyai swap aka riba. muslim trader wajib menggunakan akaun jenis ini.

Real Trading Akaun biasa

mempunyai swap (riba). swap ini akan dikenakan bila position sama ada buy atau sell dibuka lebih dari 24 jam. swap ini ada yang positif (menguntungkan trader) dan ada yang negative (merugikan trader). walau bagaimana pun, trader muslim dilarang keras menggunakan akaun jenis ini.

Pip

Term penting untuk anda tahu. pip ialah nilai perbezaan suatu harga. perbezaan ini dinamakan pip.

contoh, 1.5210-1.5200=0.0010 maka nilai pip nya ialah 10 pip.

Lot

Nilai yang anda dagangkan. sebagai contoh anda memasuki pasaran dengan nilai 0.10usd. jika position anda berjaya perolehi 10 pip maka 0.10 × 10 pip = 1usd.

saiz lot kadang kala berbeza mengikut broker, sebagai contoh broker insta lot 0.10 nilainya ialah 0.10 usd manakala jika broker fbs, lot 0.10 usd ialah persamaan dengan nilai 1usd.

Spread

Ialah komisen yang dikenakan oleh broker kepada trader semasa open position sama ada beli matawang atau jual matawang. katakan jika anda masuk position dengan lot 1usd, maka akaun anda akan ditolak sebanyak 2usd atau 3usd dari akaun anda sebagai komisen untuk broker. kira mcm broker amik upah untuk menghantar order anda ke bank dunia atau wall street.

Leverage

bahasa mudah supaya anda tidak pening kepala ialah merupakan pinjaman tanpa faedah yang diberikan kepada anda. dengan leverage ini anda mampu membuka lot yang besar ketika trade. contoh jika modal anda 10usd anda mampu trade seperti anda mempunyai modal 1000usd. semakin tinggi leverage, semakin besarlah kemampuan lot anda. akan tetapi awas! leverage yang besar akan mempercepatkan anda total loss jika anda tidak menjaga money management dengan baik.

Buy/Long dan Sell/Short

Buy/Long : jika anda menjangkakan harga akan naik untuk raih keuntungan.

Sell/Short : jika anda menjangkakan price akan turun untuk raih keuntungan.

Profit

Nilai keuntungan yang anda peroleh semasa atau selepas anda trading. keuntungan dikira jumlah lot yg anda masuk darab dengan jumlah pip yang anda perolehi

Loss

Nilai kerugian yg anda dapat semasa atau selepas trading. kerugian dikira bila anda buy sesuatu harga dan harga tersebut dia naik malah ia turun anda akan mengalami kerugian disini. kerugian dikira seperti kiraan profit iaitu lot darab pip.

Margin Call (MC)

Akaun yang mengalami total los. trading tanpa money management yang betul menyebabkan akaun akan mengalami total loss. (margin call).

Instant Order

proses membeli atau menjual (buy@sell) pada harga semasa. order yang dibuka berbentuk segera atau terus masuk atau entry.

Pending Order

terbahagi kepada kedua iaitu Buy Limit atau Sell Limit. Order yang berbentuk menunggu tidak segera. ia seumpama anda memasang jerat.

Buy Limit : order buy dibuka dibawah harga semasa. contoh harga semasa ialah 1.5050 akan tetapi anda mahu order pada harga 1.5040 maka anda open buy limit pada harga 1.5040. apabila price jatuh dan mengena harga 1.5040, maka order buy anda akan dibuka secara automatik.

Sell Limit : Order sell dibuka pada harga di atas harga semasa. katakan harga semasa ialah 1.5050 dan anda mahu open position sell pada harga 15060. maka anda perlu pasang order Sell Limit pada harga 1.5060. bila price cecah 1.5060, maka position sell limit anda akan dibuka secara automatik.

Stop Order

juga terbahagi kepada dua iaitu Buy Stop dan Sell Stop. order jenis ini di pasang selepas harga semasa.

Buy Stop : order buy dipasang di atas harga semasa. katakan harga semasa ialah 1.5050 dan anda ingin open position buy pada harga 1.5060. maka anda pasang Buy Stop pada harga 1.5060. bila price sudah naik mencecah harga 1.5060, position Buy anda akan open secara automatik pada harga 1.5060.

Sell Stop : order sell yang dipasang dibawah harga semasa. katakan harga semasa ialah 1.5050 dan anda ingin entry pada harga 1.5040. maka sell stop menjadi pilihan anda. apabila harga turun cecah sell stop anda diharga 1.5040, open position sell anda akan teraktif secara automatik.

Close Order

suatu arahan untuk menutup segala position anda sama ada Buy atau Sell. jika anda ada position Buy pada market, untuk menutup order buy tersebut, anda tidak boleh tekan sell. sebaliknya anda perlu Close order untuk menutup position buy tersebut. begitu juga sebaliknya.

Take Profit

Target untuk anda close position yang telah profit. dengan menggunakan Take profit, anda boleh auto close position anda yang telah profit pada harga yang telah anda tetapkan.

Stop Loss

Semua trader wajib menggunakan Stop Loss. ia berperanan untuk meminimakan kadar kerugian anda ketika entry (order) anda dalam keadaan rugi. anda boleh set kan stop loss ini pada harga berapa yg anda mahu jika terjadi kerugian dalam position anda, Stop Loss akan auto close position anda.

Break Even (BE)

dengan menggunakan fungsi stop loss, satu cara untuk minimakan kerugian anda. katakan anda Buy, kemudian harga naik anda telah pun untung. ketika ini, anda boleh set kan Break Even dengan memggunakan Stop Loss dimana Stop Loss di setkan pada entry price atau 2-3 pip atas entry price supaya apabila price turun kembali dan kena pada Break Even tersebut, anda tidak akan mengalami sebarang kerugian.

Pair

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, matawang perlu didagangkan secara berpasangan. contohnya EUR/USD. anda buy EUR/USD bermaksud “anda beli matawang EUR jual USD. currency yang berada di belakang (USD) adalah currency yang anda pegang. sebab itulah ia menjadi Beli EURO Jual USD.

Indicator

Disediakan oleh platform MT4 untuk mengenal pasti hala tuju chart forex. ramai trader diluar sana menggunakan indicator untuk melakukan analisa dan trading forex. indikator banyak yang bersifat langing. contohnya, jika anda menggunakan Indicator untuk predict harga, price chart akan bergerak jauh dahulu sama ada naik atau turun barulah indicator akan menunjukkan anda bahawa harga telah naik atau turun. disini akan banyak berlaku miss entry. antara indicator yang popular ialah, Moving average, bolingger band, MACD dan Stoch.

Horizontal

sebuah tool yang ada dalam mt4 ia digunakan untuk menanda support dan resistant sesuatu price. ia juga sangat popular dan sering digunakan oleh naked chart trader (trader yang tidak mengguna sebarang indikator dalam trading).

Trendline

juga diguna secara meluas oleh naked chart trader. seperti horizontal line, ia juga merupakan tool yang disediakan oleh mt4 untuk mengenal pasti sesebuah trend pasaran.

Uptrend

ialah suatu keadaan harga yang naik dan terus naik. jika kita melihat chart forex, bentuknya ialah menaik. uptrend juga dikenali sebagai Bullish

Downtrend

Harga yang menurun dan terus menurun. chart atau graf kelihatan menurun. ia juga dipanggil sebagai Bearish

Retracemet/Correction

dimana ia berlawanan dengan trend. katakan market semasa ialah Uptrend@Bullish, penurunan harga yang sedikit dipanggil Retracement@correction. retracement ini berlaku biasanya untuk mengambil lajak bagi meneruskan trend semasa

Money Management (mm)

Kadang kala trader forex menyebutnya sebagai trading plan. money management sangat penting untuk anda kekal lama dalam trading forex. dengan money management juga anda mampu meminimakan kerugian dan memaksimakan keuntungan.

Orait. seterusnya kita sambung pula pada topik Mengenal Chart / Graf Forex.

114 total views, 1 views today

(Visited 1 times, 1 visits today)

Leave a Comment