Bagaimana Cara Untuk Bermula Trading Forex

Bagaimana Cara Untuk Bermula Trading Forex

Untuk bermula menjana income melalui forex, perlu mengetahui asas-asas dalam trading forex. Bab ini kita akan bincang lebih detail dan terperinci bagaimana cara untuk bermula trading forex.

Perkara yang diperlukan untuk trading forex

Peralatan untuk anda bermula cukup mudah, dan tidak sukar untuk anda dapatkan peralatan tersebut selain kosnya yang murah.

Internet

Anda memerlukan jaringan internet untuk anda bermula. jaringan internet tersebut tidak perlu yang bekelajuan tinggi seperti unifi, yang biasa sahaja pun sudah memadai.

Handphone atau Laptop

Memerlukan sebuah laptop atau komputer atau handphone. sebolehnya anda menggunakan komputer atau laptop sebagai permulaan dalam trading forex. jika dah biasa dan mahir, dengan handphone pun tiada masalah untuk anda melakukan trading.

device tersebut tidak memerlukan spec yang tinggi, yang biasa-biasa pun boleh untuk anda bermula. device ini penting untuk anda instal Metatrader 4 analisa market forex.

Metatrader 4

lqdfx.com

Image diatas ialah platform metatrader 4 (MT4), ialah sebuah platform untuk anda monitor position trading anda dan untuk menganalisa harga semasa market forex. MT4 ini anda boleh instal di playstore atau di app store. anda juga boleh instal di laman web broker yang menyediakan software MT4 ini.

Broker Forex

Merupakan orang tengah untuk anda berurusan menukar matawang anda secara online. melalui broker, anda boleh menjual beli matawang untuk anda menjana income sampingan.

Broker mempunyai beberapa kategori. nanti kami akan buat satu posting khas untuk anda mengenali broker forex dengan lebih detail.

Antara broker forex yang populor dan kukuh di malaysia ialah InstaForex [www.instaforex.com] dan FBS [www.fbs.com]

dibawah broker inilah para trader akan membuka akaun forex dan mendepositkan modal untuk anda melakukan trading (exchange).

Akaun Real Forex

Akaun real forex anda perlu membukanya dengan broker forex seperti InstaForex atau FBS. Akaun real ini diperlukan untuk anda depositkan modal anda kedalam akaun real tersebut supaya anda boleh melakukan aktiviti trading (pertukaran matawang). untuk membuka akaun real forex, ia cukup mudah untuk anda perolehi akaun tersebut.

broker juga menyediakan akaun demo untuk anda praktis dan belajar tanpa menggunakan sebarang modal.

Modal

modal diperlukan untuk anda jana income melalui forex. seperti juga perniagaan lain juga memerlukan modal. jangan risau anda boleh bermula dagang dengan bermodalkan serendah 10 usd sahaja. hebat bukan?

Ilmu dan Pengalaman

Perkara paling penting untuk anda kuasai. apa jua bentuk bidang sama ada bidang profesional atau bukan, anda perlukan ilmu pengetahuan dan pengalaman untuk anda berjaya inshaAllah kami akan guide anda untuk kenal lebih lanjut mengenai trading forex.

ingat, forex trading bukan skim cepat kaya. anda memerlukan ilmu dan pengalaman yang betul untuk anda berjaya dalam bidang ini.

untuk memudahkan anda belajar, silalah instal platform MT4 terlebih dahulu.

Cara Install Metatrader 4

Untuk memudahkan anda belajar, silalah buka instal platform MT4 terlebih dahulu. Caranya ialah sila ke laman web atau Klik www.instaforex.com. bila sudah berada dilaman web tersebut, scroll cari link Download metatrader trading platform seperti dalam gambar dibawah :

 

Kemudian sila pilih device anda sama ada anda mahu instal di komputer atau laptop atau mahu instal di SmartPhone.

Orait selesai sudah instal MT4 di device anda. selepas selesai instal, anda mahu melihat graf turun naik nilai matawang, anda boleh buka akaun demo di MT4 tersebut atau anda anda terus Log in dengan menggunakan No. akaun trading anda sebagai id dan pasword anda utk melihat sendiri bagaimana pergerakan graf forex. Jom lihat bagaimana untuk buka akaun real forex.

Cara Buka Akaun Forex

Untuk membuka akaun forex, pertama sekali sila layari atau klik www.instaforex.com.

bila dah berada di website instaforex, sila klik Open Trading Account

kemudian isi butiran anda seperti yang diminta. Nama, emel, no. phone dan lain-lain. tick i agree to the term term and condition kemudian klik Open an Account.

Orait da selesai, anda akan menerima maklumat yang mengandungi no. acc trading, password, dan server trading. maklumat ini juga akan dihantar ke emel anda. sekarang, klik Metatrader 4 yang anda telah instal tadi sama ada di handphone atau laptop, masukkan no. akaun trading anda serta pasword. pastikan server yang anda pilih sama dengan server yang anda dapat ketika anda membuka akaun trading.

P/S : Jika anda memilih broker fbs untuk buka akaun real trading atau demo dan untuk instal MT4, silalah ke webnya atau klik www.fbs.com . cara dan langkahnya lebih kurang sama sahaja dengan broker instaforex.

Nah sekarang anda sudah boleh akses ke akaun trading anda. pada ketika ini, anda masih tidak boleh melakukan sebarang transaksi trading lagi kerana akaun anda masih lagi kosong. jangan terburu-buru, penuhkan dahulu ilmu di dada. jika anda ingin try dan usha dahulu MT4, anda boleh try buka demo akaun dahulu. caranya mudah sahaja, sama juga seperti anda buka akaun real, cuma anda perlu klik dan pilih Open Demo Account sahaja.

Contoh bagaimana forex jana income di chart

Mari kita lihat contoh bagaimana anda boleh menjana keuntungan melalui trading forex secara online ini.

anda menganalisa harga matawang melalui chart atau graf pergerakan harga/nilai matawang. lihat contoh dibawah :

kelabforex.com

beginilah bentuk chart atau graf yang ada di MT4 yang telah anda instal untuk memantau price semasa matawang yang didagangkan. mari kita lihat lagi contoh bagaimana untuk menjana untung dari forex ini secara online.

snradvance.com

Setelah anda menganalisa anda menjangkakan sesuatu nilai matawang akan menguat, maka anda mengambil keputusan untuk “Buy” pada harga 1.5114.

2 hari kemudian, chart mencanak naik dari tempat anda open position buy 2 hari lepas seperti dibawah.

snradvance.com

beginilah cara anda mengambil keuntungan dari market forex yang bernilai 5 trillion sehari yang beredar dipasaran forex di seluruh dunia.

Orait da habis bab ini, kita sambung lagi di bab lain pula. hope anda puas hati dan mudah faham dengan penerangan yang kami lakukan.

107 total views, 2 views today

(Visited 2 times, 1 visits today)

1 thought on “Bagaimana Cara Untuk Bermula Trading Forex”

Leave a Comment