Belajar Forex | no. 6 : Hukum Trading Forex Halal atau Haram

Hukum forex adalah satu isu yang sangat berat untuk dibicarakan. apa pun kami cuba semampu yang mungkin untuk berbicara

Diluar sana para ustaz berpendapat forex haram. sama ada ilmuan tersebut ahli atau bukan ahli, masing-masing mengeluarkan pendapat ada yg kata Harus dan ada yg kata Haram.


Forex harus selagi tiada unsur seperti dibawah

  • Riba
  • Judi
  • Tipu/muslihat
  • Aniaya

Ada dari kalangan mereka yang mengatakan haram ialah mereka yang terlibat atau ada kepentingan dalam institusi kewangan perbankan. bayangkan jika semua yg simpan duit kt bank keluarkan duit dan di invest dalam forex? xlama cepat habis melingkup bank-bank yang ada. jadi jalan selamat ialah mengharamkan forex didagangkan oleh individu manakala harus bagi bank-bank berdagang dalam forex. hihi boleh ke mcm tu?

Ada yang cakap Forex haram kerana ada unsur riba. sah xde ilmu mengenai forex. broker forex juga menawarkan islamic akaun iaitu akaun tanpa riba. riba dalam forex dikenali sebagai swap.

dan ada yang cakap forex haram kerana ada leverage (pinjaman dari broker). utk pengetahuan, leverage yang ditawarkan oleh broker xde riba. dan macam-macan lagilah. ilmuan agama masing-masing mempunyai pendapat mengenai forex.

Forex jelas Haram Jika main atau trade secara membuta tuli tanpa sebarang ilmu analisis, ia seperti judi. itu mmg jelas-jelas haram.

Forex Juga Haram jika ada Fixed return setiap bulan. kerana ia menjadi riba. ada broker forex yang menawarkan fixed return setiap bulan, kesudahannya broker buat lari deposit pelabur. jadi hati-hati pilih broker forex.

Suka kami kongsikan seorang trader lama komen begini:

Platform = mt4 atau sebarang software

Broker = syarikat atau orang tengah atau agent yang mempunyai lesen

Trader = Pelabur samada depa ni jual beli biasanya bank, fund manager atau pelabur runcit secara kecilan

Trader runcit = perniaga kecil kecilan mcm orang niaga tepi jalan. modal ciput Trader Bank/Fund manager sekali beli jutaan ringgit.

Trader runcit sekali beli seposen seringgit atau puluhan ringgit atau ratusan ringgit.

Konsep sama ja jual/beli. Dimanakah judi? Dimanakah tidak tahu jual atau beli apa?

Platform hanyalah satu tool penghubung pada A to B dan agent yg ada lesen merupakan orang tengah.

Kenapa Nabi mengarahkan sahabat untuk tunggu sampai ke mekah bersemuka untuk berjual beli dinar dengan dirham, ini kerana perlu didalam satu majlis. semasa itu tiada internet tiada talipone tiada email tiada fax. mereka perlu duduk bersama untuk menentukan harga sekarang.

Tool (metatrader 4) dalam satu clik sahaja persetujuaan di persetujui oleh 2 pihak. hanya satu clik allah bagi kita akal. gunakanlah. judi jika kita pakai taram. tapi bila kita ingin berniaga kene belajar.

Setiap perniagaan adalah harus, hanya akan haram jika terbukti haram.

Pendapat peribadi

Sebenarnya banyak diluar sana (luar negara dan dalam negara) pendapat dan fatwa harus forex dari golongan pakar dalam ekonomi islam. korang boleh kaji sendiri dan bandingkan. jika korang tidak tahu selok-belok mengenai trading forex, mungkin pantas sekali korang cakap forex ni haram. cuba belajar dan kaji akan nampak keharusannya, jangan mudah nak sembur orang cakap makan hasil forex adalah haram.

Trader kecilan seperti kita dikatakan haram main forex, trader jerung seperti bank pula dikatakan harus main forex

Ibarat sembelih ayam sendiri haram dimakan, penjual ayam sembelih ayam halal dimakan.

fatwa haram forex ada unsur kepentingan peribadi. ada sorang ustaz yang ada kepentingan dalam institusi kewangan mengatakan haram main forex dan main bitcoin secara online. bila kerajaan baru buat agenda “harapan coin” tiba-tiba pulak jadi harus main bitcoin. nampak x kepentingan kt sini?

Apa pun, Jika anda pegang forex itu haram, maka tinggalkanlah, jika anda pegang ia harus, teruskan selagi ia memberi manfaat kepada anda.

Jika anda tidak belajar atau tahu selok belok forex, anda tidak akan nampak dimana harusnya forex trading. nasihat ikhlas, belajar sendiri sebelum menghukum orang lain.

660 total views, 3 views today

(Visited 122 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!