Cara Mengenal Trend Market Forex

Mengenal pasti sesebuah trend pasaran dalam forex sangat penting untuk anda memperoleh keuntungan dalam trading forex dan juga saham. Trend merupakan pergerakan harga yang ketara dan jelas yang mudah dilihat melalui chart forex atau saham. Trend terbahagi kepada 3 iaitu:

  1. Uptrend
  2. Downtrend
  3. Sideway

Tanpa buang masa, mari kita bincang satu persatu bagaimana cara mengenal trend market forex

Uptrend

juga dikenali sebagai bullish. uptrend ialah pergerakan harga yang menaik. jika dilihat harga dalam bentuk chart, Uptrend tidak ubah seperti sebuah tangga yang menaik dan harga low nya tidak mencecah harga low sebelumnya. lihat gambar dibawah :

askapsocial.com

HH= Higher High

HH=Higer Low

Jika anda perhatikan, Higher high sentiasa melepasi higer high sebelumnya manakala Higer low tidak mampu menyentuh higer low sebelumnya. inilah yang dikatakan market sedang bertranding Up aka bullish.

satu lagi cara ialah dengan menggunakan trendline. trendline ialah sebuah tool yang disediakan oleh MT4 untuk kegunaan trader mengukur sesebuah trend market. lihat gambar contoh dibawah:

stockcharts.com

Line biru di atas ialah trendline. apabila chart berada dibawah, ia bukan lg chart uptrend.

buka MT4 anda perhatikan chart Uptrend berpandukan guide yang diberi supaya anda terbiasa dan mengenal chart Uptrend.

Downtrend

Juga dikenali sebagai market bearish menunjukkan penurunan harga yang sangat ketara. jika anda melihat chart downtrend aka bearish, chart tersebut kelihatan seperti tangga yang menurun dimana price sentiasa melepasi harga low dan dan naik sedikit tanpa mampu menyentuh harga tinggi sebelumnya. lihat gambar dibawah supaya lebih jelas:

askapsocial.com

LL=Lower Low

LH=Lower High

jika anda perhatikan, price lower low sentiasa melepasi lower low sebelumnya dan Lower high sentiasa tidak sampai ke paras lower high sebelumnya.

Downtrend juga boleh diukur dengan menggunakan trendline. lihat gambar dibawah:

swing-trading-strategies.com

Line hijau pada chart diatas merupakan trendline untuk mengukur chart downtrend. jika price melepasi line trendline tersebut, maka ia bukan lagi market downtrend

Sideway

Satu keadaan dimana price tidak mempunyai hala tuju yang jelas, harga sentiasa naik dan turun pada harga yang lebih kurang sama. bahasa mudahnya ialah harga duk pi mai pi mai tang tu. lihat gambar dibawah supaya lebih jelas:

Lihat chart diatas, price bergerak dalam range yang lebih kurang sama harganya. bila price bergerak begini, kita tidak dapat pastikan sama ada price nak ke atas atau ke bawah untuk buat trend. nak guna trendline pun sukar.

apabila price bergerak seperti ini, horizontal line lebih tepat untuk kita gunakan untuk marking support dan resistant.

begitulah cara mengenal trend market forex harap ia dapat membantu anda semua.

Apabila anda sudah mengenal trend, ketika trade, sentiasalah follow trend. jika trend up, jangan sesekali sell, jika trend down, jangan sesekali buy. trade with the trend because trend is your friend 😉

297 total views, 1 views today

(Visited 34 times, 1 visits today)

1 thought on “Cara Mengenal Trend Market Forex”

Leave a Comment

error: Content is protected !!