Cara Menggunakan Trendline

Trendline merupakan sebuah tool yang disediakan oleh MT4 untuk membantu anda membuat keputusan dalam trading sama ada untuk buy atau sell. Ia juga berperanan sebagai support dan resistant (snr) yang berbentuk condong ke atas dan juga kebawah.

# P/S: sebelum anda baca lebih lanjut, pastikan dahulu anda benar-benar faham mengenai trend. sila baca posting Cara Mengenal Trend Market Forex. abaikan jika anda sudah faham mengenai trend, teruskan bacaan anda.

contoh penggunaan trendline:

stockcharts.com
swing-trading-strategies.com

cara yang berkesan menggunakan trendline ialah dengan menyambungkan titik Lower Low dengan Higer Low untuk market uptrend.

manakala untuk market downtrend pula sambungkan trendline pada Higer high dengan Lower High.

kadang kala market tidak menunjukkan Higher High atau Lower Low dengan jelas. jadi anda boleh juga menyambung trendline di Higher low pertama dengan higer low kedua untuk market uptrend dan begitulah sebaliknya untuk market downtrend.

untuk lebih mudah faham, anda boleh rujuk semula gambar-gambar yang ada trendline diatas.

dan cara untuk masuk position pula lihat gambar dibawah:

learn.tradimo.com

setelah anda menyambung 2 titik seperti yang dinyatakan, setiap kali price menyentuh trendlin untuk membuat titik ketiga dan munculnya candle reverse pattern, disitulah anda entry. jika berpandukan gambar diatas, buy adalah menjadi pilihan.

lagi cara trade dengan trendline lihat gambar dibawah:

learn.tradimo.com

Gambar diatas ialah untuk entry breakout. dimana apabila price telah melepasi trendline uptrend (breakout), entry sell menjadi pilihan. berdasarkan gambar diatas, no. 1 adalah price melepasi trendline dan no. 3 ialah tempat anda entry sell.

jika anda masih keliru dan tidak tahu bagaimana cara menggunakan trendline yang disediakan oleh MT4, jom kita layan video cara menggunakan trendline by Irwan Idris dibawah:

orait, dengan penerangan yang agak detail dan terperinci ini, kami harap anda faham sepenuhnya mengenai Trend market dan cara menggunakan trendline ini.

jika anda rasa posting ini sangat berguna, silalah klik butang fb dibawah untuk share dengan rakan anda 😉

kami doakan semoga anda menjadi trader forex yang berjaya, Amiinn…

269 total views, 3 views today

1 thought on “Cara Menggunakan Trendline”

Leave a Comment