Cara Trade Support dan Resistance (SNR)

Support dan resistance (snr) merupakan istilah yang sangat popular dikalangan trader bahkan jika tidak mengenal support dan resistance ini akan menyebabkan sukarnya membuat keputusan dalam trading.

Support dan resistance adalah istilah yang mudah untuk anda memahami akan tetapi kesannya sangat hebat jika anda apply dalam trading.

support dan resistance adalah sebuah level yang terbentuk untuk menghalang price atau chart meneruskan kemaraannya. biasanya apabila price sampai dibahagian SNR price akan reverse semula sama ada terus reverse mencari SNR yang lain atau reverse sekadar mengambil lajak untuk memecahkan harga yang menjadi level SNR

Support : ialah harga lantai. kebiasaannya apabila price sampai dibahagian support ini, price akan melantun naik semula. dan apabila price berjaya memecahkan support, ia akan mencari support (harga lantai yang seterusnya).

Resistance : ialah harga siling dimana level yang menjadi resistance ini akan menghalang price atau chart dari terus menaik. lazimnya jika price cecah level resistance ia akan turun semula sama ada turun mencari support atau mengambil lajak untuk memecahkan level resistance untuk mencari level resistance yang baru.

untuk menanda level-level SNR ini, kita menggunakan Horizontal line tools yang disediakan oleh MT4 untuk trader.

lihat contoh-contoh support dan resistance dibawah supaya anda lebih faham.

 

rightline.net

support dan resistance pada market yang berbentuk sideway dimana line hitam tebal ialah level SNR.

 

support dan resistance pada market downtrend dimana line merah adalah level SNR.

 

support dan resistance pada market uptrend

 

Cara Trade Support dan Resistance

apabila price sampai ke level atau garis SNR, anda hanya perlu menunggu candle reverse pattern terbentuk di level tersebut untuk entry. jika price break level SNR, anda boleh entry follow arah price yang telah memecahkan SNR.

orait, jom lihat contoh-contoh entry dengan menggunakan support and resistance:

 

learntotradethemarket.com

 

Bagaimana nak guna horizontal line dalam mt4? orait jom layan cara guna tools tersebut dari video Cj shires dibawah.

Ingat, jangan asal price sampai ke level SNR terus entry, sebolehnya tunggulah dahulu terbentuknya candle reverse pattern barulah entry.

orait sekian dahulu bab ni. moga kita jumpa lagi. harap sedikit sebanyak dapat membantu trader diluar sana ya 😉

92 total views, 1 views today

1 thought on “Cara Trade Support dan Resistance (SNR)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!