Hati-hati dengan Copy Trading yang Ditawarkan Broker Forex

sistem copy trading

Berkenaan Copy Trade yang ditawarkan oleh Broker. Saya cuba kongsikan pengalaman saya mengenai Copy Trade yg disediakan oleh broker. ini hanya pandangan saya yg telah sy lalui dan kaji mengenai copy trade. harap dapat membantu anda semua. Straight to the point.

Pertama sekali, sebelum join mana2 copy trade, dptkan terlebih dahulu review org ramai. bukan percaya bulat2 pada broker atau manager monitoring yg disediakan oleh broker. kadang kala kita lihat paparan performance manager copy trade yg ditunjukkan dlm website broker sgt mantap. nasihat saya jangan percaya bulat2 pd performance tersebut lebih2 lg yg top 5 keatas unless anda kenal manager tersebut dan pastikan manager tersebut bukan org broker.

Banyak berlaku kes, kita dah survey manager copy trade melalui manager monitoring. tgk performance mmg mantap. bila dah depo dan start follow manager tersebut terus acc mc dan melingkup. sgt2 byk kes begini.

Kes yg lg best yg berlaku dpn mata sendiri. manager yg sy kenal. trade dah cantik, performance cun melecun. 3 bulan kemudian broker call cuba deal dgn manager tersebut supaya meng mc kan acc. masa tu deposit terkumpul dari acc follower ialah hampir 500 k, broker siap offer pd manager tersebut sebanyak 50% deposit dari client. nasib baik manager ni xtermakan dgn tawaran ini terus mtk follower kuarkan duit deposit.

yg lagi best. di manager monitoring, kita lihat acc manager trade bagus2. kita xkenal siapa manager tersebut. barangkali mungkin fake acc manager yg sengaja dicreate oleh broker untuk pancing trader diluar sana. cuba test. pilih manager yg paling bagus dari segi masa dan drawdown di monitoring, test depo, test follow. kebanyakkannya mc xsampai sebulan.

mungkin ada real manager dlm monitoring tersebut, jika anda kenal dgn acc manager, anda bertuah dan beruntung. kalo mc pn xralat sgt dan xboleh salahkan manager tersebut. kita dah “tick” TnC yg dipamerkan broker.

Bagaimana nak dapatkan review dari org ramai mengenai copy trade yg ditawarkan broker?

Banyak broker yg menyediakan app copy trade yg anda boleh download di playstore. sebelum anda download, anda boleh lihat review dari org ramai kt sana.

Jika org tanya saya, Ok ke join copy trade ni? jawapan saya ialah

  • makesure anda kenal manager tersebut. kalo mc redho je.
  • jangan percaya 100% pd acc manager monitoring yg berada di tangga teratas unless jika anda kenal manager tersebut.
  • makesure dptkan review dari org ramai terlebih dahulu sebelum buat keputusan.
  • makesure printscreen segala transaction yg anda lakukan.
  • makesure join dahulu dgn amount kecik. dan jgn lupa praktis dan terus praktis trade sendiri
  • the best is bedal sendiri.

Jangan marah jika sy ckp 99.9% Broker yg ada ialah B book. buat untung dgn duit trader loss. its all about business. tektiknya sungguh banyak.

Sy xcakap broker yg ada ni xbagus, cuma berhati2 jika anda mahu join copytrade dgn mana-mana broker.

p/s: jangan lupa join Group Belajar Forex Malaysia satu2 nya group yg hampir xde iklan coz admin dia skema giler

183 total views, 2 views today

(Visited 8 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!