Jenis Trader Forex Serta Kelebihan dan Kekurangannya

Dalam arena forex, terdapat pelbagai jenis trader forex. masing-masing dengan cara mereka yang tersendiri. Penting untuk anda mengenali atau mengetahui jenis trader, kelemahan dan kekurangannya kerana ia mampu mempengaruhi cara trading anda sendiri.

Dalam artikel ini, suka saya berkongsi dengan anda semua mengenai jenis atau golongan trader forex serta kelemahan dan kelebihannya dan cadangan untuk anda menjadi trader di golongan jenis apa.

Jenis Trader Forex Yang Anda Perlu Tahu

1). Scalper Trader
2). Intraday Trader
3). Swing Trader
4). Position Trader

noobpreneur.com

Penerangan lebih lengkap, serta kelemahan dan kelebihannya, teruskan bacaan anda dibawah.

Scalping Trader

Juga dikenali sebagai “scalper” setiap entry mereka hanya target pips sedikit sahaja iaitu 10-20 pips. trader jenis ini akan exit market dalam beberapa minit ke jam sahaja. biasanya trader jenis ini tidak hold entry melebihi satu jam setiap position mereka.

trader jenis ini biasanya menggunakan time frame m1 hingga m15 untuk trade.

Trader jenis ini paling ramai dikalangan trader forex. ini mungkin berlaku kerana mindsetnya ingin cepat kaut keuntungan.

Kelebihan: Dapat kaut pips dalam masa yg sekejap sahaja.

Kelemahan: Perlu mengadap chart dengan kerap, kadang kala lansung tiada setup masa terbuang dengan begitu sahaja.

Komen: Jauhi menjadi scalping trader kerana selain memenatkan, trader jenis ini tidak mengamalkan Risk Reward yg betul. pips yang dikutip sedikit sahaja tetapi apabila float -ve, mereka berkemungkinan akan hold position sehingga akaun margin call

Intraday Trader

Trader jenis ini akan hold positionnya lebih dari satu jam tetapi tidak melebihi dari 24 jam. target pips 50-100 dalam sehari. Ramai juga dari kalangan trader forex yang tergolong dalam golongan ini selepas scalper.

Intraday trader biasanya menggunakan time M30 – H1 untuk trading.

Kelebihan: Agak santai berbanding scalping trader yang memenatkan.

Kelemahan: Entry mudah “terkena kene main” bila ada news yg menghasilkan spike yang besar.

Komen: not really recommanded walaupun boleh guna risk reward yg bagus seperti RR 1:2 kerana H1 kebanyakkannya membuat fake setup atau signal.

Swing Trader

Trader yang membiarkan positionnya melebihi 24 jam kadang kala boleh mencapai seminggu. pips yang disasarkan melebihi 100 pips kadang kala boleh mencapai 300 pips setiap entry.

Swing trader kebiasaannya menggunakan time frame H4 ke atas dalam analisa market dan untuk entry.

Kelemahan: Perlu menunggu setup yang lama kerana analisa berdasarkan time frame yang besar, H4 ke atas.

Kelebihan: sangat-sangat santai dan hampir Zero stress dalam trading. setup atau signal jarang buat fake kerana analisa menggunakan time frame yang besar dan boleh menghasilkan risk reward yang sangat-sangat cantik melebihi RR 1:3 ke atas.

Komen: Highly recommanded kerana stress kurang, fake setup kurang dan banyak lagi

Position Trader

Trader jenis ini mempunyai kesabaran yang sangat tinggi kerana setiap entry, mereka hold berminggu-minggu lamanya bahkan boleh mencapai beberapa bulan. target pips yang sangat banyak boleh mencecah ribuan pips setiap entry.

Trader jenis ini menggunakan time frame daily dan ke atas untuk trading. Big investor yang mempunyai fund besar kebanyakannya trader jenis ini.

Kebanyakan trader jenis ini menggunakan kombinasi teknikal dan fundimental analisis dalam analisa mereka.

Kelebihan: Signal dan setup yang sangat bagus dan tepat.

Kelemahan: memerlukan modal yang besar dan memerlukan disiplin serta kesabaran yang sangat tinggi.

Komen: Not really recommanded kecuali jika anda mempunyai modal yang sangat besar.

Kesimpulan

Trader yang terlibat dengan kerjaya trading forex ini kebanyakkan mereka ialah yang berkerja. trading dijadikan sebagai income sampingan sahaja bukan income utama. masa melihat dan monitor chart agak terhad berbanding mereka yang full time trader.

Jadi, menjadi Swing Trader atau intraday sangat-sangat disarankan berbanding scalper dan position trader. walau bagaimana pun, swing trading highly recommanded jika anda serius untuk jana income sampingan melalui trading forex.

Kajian juga menyatakan kebanyakan trader forex yang berjaya dan konsisten menghasilkan profit ialah mereka yang tergolong dalam golongan Swing Trader dan Investor Trader. Anda boleh buat sedikit pemerhatian terhadap trader yang bertaraf golongan profesional, mereka semua ialah swing trader dan investor trader.

Harapannya, artikel ini dapat membantu anda memilih jenis trader apakah yang sesuai dengan anda. semoga berjaya dalam trading forex yang mencabar ini. Usaha diiringi dengan Doa dan Tawakal, Inshaa Allah anda akan berjaya 😊

426 total views, 1 views today

(Visited 118 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!