Mengenal Chart atau Graf Forex

Chart atau graf forex (biasa dipanggil chart dikalangan trader forex) merupakan penanda aras sesuatu harga matawang. Ia juga merupakan Arah atau “kompas” untuk mengenal pasti sama ada harga akan naik atau turun. chart ini anda dapat lihat di MT4 yang telah anda instal. untuk menganalisa sama ada chart atau harga akan naik ataupun turun anda memerlukan Graf ini yang ada di metatrader anda.

sierrachart.com

gambar di atas ialah contoh chart yang ada dalam mt4. berperanan untuk memantau harga semasa dan untuk melakukan analisa sama ada price akan naik atau turun.

chart forex terbentuk daripada gabungan banyak candlestick. setiap candlestick mempunyai time framenya tersendiri untuk complete menjadi sebatang candle yang lengkap.

Chart tidak semestinya berwarna seperti diatas. warna chart dan backgroundnya anda boleh setting sendiri mengikut kesukaan anda. chart forex terbahagi kepada beberapa time frame. ada 1 minit, 5 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 4 jam, daily, weekly dan monthly.

perincian time frame disini ialah completenya satu candlestick. candlestick lah yang akan membentuk sebuah chart seperti di atas. contoh asas/basic candle seperti dibawah:

 

commodity.com

candle yang banyak-banyak akan membentuk sebuah chart. katakan jika anda memilih time frame 1 jam, untuk melengkapkan satu candlestick ia mengambil masa selama 1 jam. begitu juga jika anda memilih time frame daily, untuk completenya sebuah candle, anda memerlukan masa selama 24 jam (sehari).

untuk lebih jelas, anda buka MT4, anda pilih time frame 1 minit lihat bagaimana sesebuah candle bermula dan berakhir. bermula=open price, berakhir=close price. close price=complete candle.

Chart terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

  1. Candle Chart
  2. Bar Chart
  3. Line Chart

Lihat gambar-gambar dibawah untuk lebih jelas.

Candle Chart

swingtradingwithcandlestickpatterns.com

 

Bar Chart

acampadoc.com

 

Line Chart

forextradingbig.com

 

Dalam 3 jenis chart, Candle Chart adalah yang paling popular dan sering digunakan oleh trader profesional kerana ia mudah dibaca.

setiap pair untuk anda melakukan analisa dan dan trading, masing-masing mempunyai chartnya yang tersendiri.

210 total views, 2 views today

(Visited 52 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!