Pengenalan Teknik Snr Klasik

Teknik forex snr yang klasik ini lebih dikenali sebagai CSR100 iaitu Classical Support and Resistance diperkenalkan oleh BRO JGV100 di forum carigold (forex trading styles) pada tahun 2008. Hingga kini, beliau amat komited dalam memberi pembelajaran kepada trader yang berminat dengan teknik naked trading, untuk mendalami teknik forex ini.

Tulisan dan tips BRO JGV100 dihimpunkan di sini supaya mudah untuk dijadikan rujukan penulis khasnya dan untuk trader lain amnya. Halaman ini dibuat untuk rujukan penulis dan siapapun yang berminat dengan teknik ini secara bersungguh. Diharapkan halaman ini mampu dijadikan rujukan kepada para peminat teknik ini. Diharapkan juga, bila anda sudah bersedia dan menguasai teknik forex snr ini dan anda rasa bermanfaat, tolong ajarkan kepada orang lain juga. Ilmu makin disebar makin bermanfaat.

Anda juga diharapkan untuk share setup2 CSR100 yang “cun” di grup fb iaitu GROUP FOREX MALAYSIA supaya kita dapat belajar bersama dan sama-sama dapat manfaatnya.

Apa Itu Teknik Forex CSR100?

Forex Trader di seluruh dunia “continously searching” HOLY GRAIL TRADING SYSTEM agar menjadi jutawan secara cepat. Melalui forum mereka mencari ‘MAGIC COMBINATION OF INDICATORS’ untuk TRADE. Pada hakikatnya, ia lansung tidak wujud. Jika anda ingin mencari teknik yang boleh membantu anda untuk menjadi Forex Trader yang berjaya dan konsisten, halaman ini sangat sesuai untuk anda. Trading bukannya jalan pintas untuk cepat kaya, ia memerlukan disiplin, komitmen dan kerja keras dari anda sendiri.

Sebagai contoh, untuk mahir bermain bola seperti Christiano Ronaldo, sepatu dan bola yang bagus saja tidak cukup, Usaha keras anda untuk mahirkan teknik bermain bolalah yang akan menyebabkan anda mahir dalam olah raga tersebut.

Teknik forex CSR100 cukup simple dan profitable. Anda tidak perlu mengunakan bermacam2 indicator untuk trade. Anda hanya perlu tahu asas dalam trading dan asas dalam forex. Untuk memahami dengan jelas akan teknik ini, maka anda perlu belajar step by step, level demi level sehingga setiap topik yang di bicarakan dapat di ikuti dan pahami dengan jelas.

Keep It Simple And Smart

Teknik CSR100 artinya adalah teknik “Classical Support & Resistance” dengan Target Profit sekurang2nya 100 PIPS. Teknik ini berdasarkan sepenuhnya pada dua asas penting:

  1. Support n Resistance
  2. Trade with the Trend

Teknik ini purely based on price action, support and resistance lines. No Indicators (pada teknik asli CSR100 menggunakan NO Indicator sama sekali, tapi anda TIDAK dilarang untuk mengembangkan teknik ini dengan menambah indikator, sehingga anda menemukan “HOLY GRAIL” anda sendiri). Adalah penting untuk anda jadikan chart forex anda sesimple yang mungkin. Oleh karena itu penggunaan INDICATOR tidak disarankan (jika memakainya, sebolehnya minimakan indikator tersebut).

CSR100 Teknik Forex yang Konsisten

Teknik ini pernah di ajarkan di FOREX-TSD (sebuah forum forex mat saleh yang terkenal suatu ketika dulu. semasa halaman ini dibuat, ia telah pun berusia lebih 10 tahun), tetapi sayangnya di sebabkan perkara yang tidak di ketahui, pembuka thread dan segala post berkenaan dengannya telah dihapuskan. Untungnya BRO JGV100 mahu berkongsi teknik ini kepada warga CSR100 di carigold khasnya dan kepada semua trader lain secara percuma. Jom sama-sama belajar teknik power dan simple ini secara percuma disini.

178 total views, 1 views today

(Visited 47 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!