Teknik Forex Snr Klasik csr100 Wajib Dikuasai Oleh Semua Trader

Apa yang ada dalam page ini ialah teknik forex yang wajib anda kuasai. anda boleh belajar secara percuma disini. kenapa wajib anda menguasainya? kerana ia adalah asas untuk membaca pergerakan market dan mudah mengenal support dan resistance, membaca trend dan untuk anda entry market.

jangan lupa membaca snr dan trend market adalah 2 antara 4 asas teknikal yang wajib anda kuasai jika ingin berjaya dalam trading. teknik forex ini ialah teknik snr klasik atau lebih dikenali sebagai csr100. orait sila klik link-link topik dibawah untuk belajar atau anda teruskan scroll dibawah :

Pendahuluan

Csr100 merupakan Teknik Snr klasik yang suatu ketika dahulu begitu popular di forum forex-std dan atas sebab yang tidak diketahui thread tersebut sepi seribu bahasa. Teknik Forex snr clasicc ini dipopularkan semula oleh Bro Jgv100 di forum carigold dengan ribuan trader yang follow Bro Jgv100. ini kerana teknik snr klasik ini sangat praktikal dan mudah untuk dipraktiskan. tidak keterlaluan jika saya mengatakan ia adalah asas untuk mengenal trend dan support and resistance yang sangat baik dan praktikal. bermaksud jika anda mahir dengan teknik forex csr100 ini, anda mampu membaca trend serta snr tanpa bergantung pada mana-mana indikator.

Istilah Teknik Snr Klasik

Teknik forex snr klasik ini mempunyai istilahnya yang tersendiri. lebih mudah untuk anda memahami teknik ini jika anda ingat istilahnya.

UPTREND : a series of rising peaks and troughs (L, H, HL, HH dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menaik)

L : Low, H – High, HL – Higher Low, HH – Higher High

DOWNTREND : a series of descending peaks and troughs (H, L, LH, LL dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menurun)

H : High, L – Low, LH -Lower High, LL – Lower Low

SUPPORT : terjadi apabila price/market dari atas ke bawah gagal melepasi satu garisan / zone dan patah balik ke atas. “Any part at which the market stopped going down and turned up”

RESISTANCE : terjadi apabila price / market dari bawah ke atas gagal melepasi satu garisan / zone dan patah balik ke bawah. “Any part at which the market stopped going up and turned down”

ROLE REVERSAL : “Support atau Resistance” telah bertukar fungsi, SBR dan RBS

SBR : support become resistance

RBS : resistance become support

BREAKOUT : Price berjaya melepasi Support atau Resistance dan selalunya adalah point/garisan/zone di mana berlakunya pertukaran fungsi “Support n Resistance”

TP : Target Profit
SL : Stop Loss

Support dan Resistance

paling penting untuk anda mengenal support dan resistance supaya memudahkan anda buat analisis dan mengenal pasti hala tuju market.

SUPPORT : terjadi apabila price/market bergerak dari atas ke bawah tetapi gagal melepasi satu garisan / zone dan berpatah balik ke atas. “Any part at which the market stopped going down and turned up”

RESISTANCE : terjadi apabila price / market bergerak dari bawah ke atas tetapi gagal melepasi satu garisan / zone dan berpatah balik ke bawah. “Any part at which the market stopped going up and turned down”

lihat contoh gambar dibawah:

Trend Market

mengenal pasti trend adalah sangat penting sebelum anda trade. dengan teknik forex snr klasik ini, anda mampu mengenalnya tanpa menggunakan sebarang indikator.

Uptrend

PA = Price Action –> Cara mengenal pasti trend semasa = The best leading indikator

UPTREND : a series of rising peaks and troughs (L, H, HL, HH dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menaik)

L = Low
H = High
HL= Higher Low
HH = Higher High

Price Action Uptrend = L, H, HL, HH, HL, HH & so on

Action : Uptrend = BUY je

lihat contoh PA trend Uptrend dibawah :

price action uptrend

Downtrend

Downtrend : a series of descending peaks and troughs (H, L, LH, LL dan seterusnya, bahasa mudahnya trend menurun)

H = High
L = Low
LH = Lower High
LL = Lower Low

Price Action downtrend = H, L, LH, LL, LH, LL & so on

Action jika Downtrend = SELL je

lihat contoh price action downtrend dibawah :

price action downtrend

Contoh-contoh lain mengenai PA trend :

Breakout

Breakout ialah price berjaya menembusi level-level snr dengan jelas lalu membentuk snr yang baru. price retrace dan gagal tembus snr yang baru. anda akan lebih jelas apabila sampai ke topik fenomena role reversal. lihat contoh gambaran breakout dibawah :

traderslaboratory.com

Fenomena Role Reversal

Fenomena role reversal : berlaku apabila Support atau Resistance telah bertukar fungsi pada satu garisan atau zone.

SBR : (Support become Resistance)
RBS : (Resistance become Support)

SBR : Price berjaya breakout di Support lalu membentuk New Low (New Support). Price kemudian retrace semula ke garisan atau zone Support terdahulu tetapi tidak berjaya break lalu berlaku pertukaran fungsi pada garisan atau zone tersebut. Garisan atau zone itu telah menjadi Resistance.

RBS : Price berjaya breakout di Resistance lalu membentuk New High (New Resistance). Price kemudian retrace semula ke garisan atau zone Resistance terdahulu tetapi tidak berjaya break lalu berlaku pertukaran fungsi pada garisan atau zone tersebut. Garisan atau zone itu telah menjadi Support

Mungkin chart di bawah ini akan dapat memberi gambaran dengan lebih jelas :

fenomena role reversal

Rule Trading

teknik forex ini mempunyai rule trading yang sangat simple dan mudah. sebelum anda melakukan sebarang trading, pastikan anda mengenal pasti arah trend.

Kenal Pasti Arah Trend

Setiap TF mempunyai Trend sendiri, pastikan kita Trade with the Trend dengan higher TF. Trading with the Trend on one TF higher akan memberikan keputusan yang baik, manakala 2 atau lebih sama Trend dgn higher TF akan memberikan pulangan yang lumayan.

Jika anda trading di TF 4 HR, gunakan TF Daily/Weekly untuk melihat Trend

Jika anda trading di TF 1 HR, gunakan TF 4 HR/Daily untuk melihat Trend

Jika anda trading di TF 15m, gunakn TF 1 HR/4 Hr untuk melihat Trend

Enter Position, Target Profit (TP) dan Stop Loss (SL)

setelah anda memahami topik-topik diatas, kita fokus kepada setup untuk entry pula.

Setup Sell

Downtrend : Fokus sell je di SBR

Enter Post Sell : Selepas berlakunya Breakout dan membentuk New Low, biasanya Price akan retrace dan Retest beberapa kali di garisan SBR. (1st test, 2nd retest atau 3rd retest). Jika Price masih gagal melepasi SBR setelah beberapa kali mencuba (retest), ini menunjukkan SBR itu cukup kuat dan seterusnya mengconfirmkan ianya SBR yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd retest untuk enter Post.

Take Profit : Lowest point selepas Breakout (New Low / Latest Support). Anda boleh hold Post kerana kemungkinan untuk Price break Support adalah tinggi di sebabkan kita Trade with the trend. Min TP untuk CSR100 ialah 100 pips.

Stop Loss : Beberapa pips diatas SBR atau ikut Money Management yang telah anda rancang, berapa pips kah anda sangup rugi.

contoh sell setup dibawah :

sell setup

Setup Buy

Uptrend : Fokus Buy je di RBS

Enter Post Buy : Selepas berlakunya breakout dan membentuk New High, biasanya Price akan retrace semula dan Retest beberapa kali di garisan RBS. (1st test, 2nd retest atau 3rd retest). Jika Price masih gagal melepasi RBS setelah beberapa kali mencuba (retest), ini menunjukkan RBS itu cukup kuat dan seterusnya mengconfirmkan ianya RBS yang sah atau valid. Sebaik-baiknya tunggu 2nd atau 3rd retest untuk enter post Buy

Take Profit : Highest point selepas Breakout (New High/Latest Resistance ). Anda boleh hold Post kerana kemungkinan untuk price break Resistance adalah tinggi di sebabkan kita Trade with the Trend. Min TP untuk CSR100 ialah 100 pips.

Stop Loss : Beberapa pips dibawah RBS atau ikut MM yang telah anda rancang, berapa pips kah yang anda sangup rugi.

contoh buy setup dibawah :

buy setup

Entry pada 1st test boleh ke? menurut bro jgv100 anda boleh entry pada 1st, ia dipanggil risk taker trading. sebolehnya entry pada 2nd retest atau 3rd retest. lihat contoh dibawah untuk entry 1st test.

P/S : pada saya, boleh je nak entry pada 1st test kerana teknik ini minimum loss dan high profit target. jadi ia kena dengan risk reward yang cantik dimana risk lebih kecil dari target profit. xde masalah untuk entry. sebaiknya anda gabungkan dengan candlestick pattern boleh baca di post (klik) 5 candlestick pattern yang power dalam forex.

Jenis Setup Untuk Entry

Setup teknik csr100 terbahagi kepada 3 jenis iaitu :

  1. Normal Setup
  2. Creeping Setup
  3. Blow Off Setup

Normal Setup

contoh normal setup

1). Setup ini biasanya terjadi pada pertengahan sesuatu TREND.

2). Selepas berlakunya breakout, Price retrace semula kearah Support atau Resistance yang telah di kenalpasti untuk membentuk SBR/RBS. Erti kata lain, SBR/RBS terjadi pada satu garisan yang sama dan bukannya pada satu zone.

3). Setup ini paling mudah dan senang untuk di kenalpasti.

4). Boleh menghasilkan pips yang lumayan tetapi tidak se lumayan Creeping Setup.

Creeping Setup

contoh creeping setup

1). Setup ini biasanya terjadi pada permulaan sesuatu trend.

2). Selepas berlakunya breakout, Price retrace semula dan menjalar masuk (creeping) ke dalam garisan SBR/RBS yang telah di kenal pasti untuk membentuk satu zone bertindih iaitu zone SBR/RBS.

3). Biasanya setup ini akan menghasilkan pips yang cukup lumayan kerana kita masuk Post di awal trend.

4). Di sarankan untuk enter post pada 2nd retest.

Blow off Setup

contoh blow off setup

1). Setup ini biasanya terjadi pada penghujung sesuatu trend.

2). Selepas berlakunya breakout, Price retrace semula tetapi tidak sampai bertemu dengan garisan Support atau Resistance yang telah di kenal pasti untuk membentuk satu GAP zone SBR/RBS.

3). Menghasilkan pips paling kurang jika di bandingkan dengan Creeping dan Normal Setup. Masa terbaik untuk close entry yang kita enter post sewaktu Creeping dan Normal Setup apabila Blow Off Setup HIT Take Profit.

4). Disarankan untuk enter post pada 2nd retest.

Time Frame yang Sesuai

Minima Time Frame digunakan adalah 15 minit.

TF lebih kecil –> Stop Loss Kecil –> Target Profits Kurang lumayan tapi banyak setup. Sesuai untuk peringkat awal supaya dapat belajar cepat

Time Frame lebih besar –> Stop Loss Besar –> Target Profits Cukup Lumayan stress pun kurang dalam trading.

Secara personal bro jgv100 menggunakan Time Frame 4 jam

Cara Trade Follow Trend di Time Frame yang lebih Besar

Jom kita tengok Chart untuk memahami Konsep Trade with the Trend with Higher Time Frame. Chart EJ Time Frame 4HR Trend Semasa adalah uptrend berpandukan pada Price Action.

time frame 4 jam

Mari kita fokus pada Kotak Kuning. Time frame (4 HR) menunjukkan price action uptrend.

Jika kita terlepas Peluang BUY pada second 2nd retest di time frame 4 HR kita boleh Zoom pada time frame yang lebih Kecil untuk melihat jika wujudnya setup CSR100 untuk enter Post.

time frame 1 jam

Jom lihat Chart di time frame 1 HR (Kotak Kuning – PA yang di besarkan image). lihat gambar di atas.

Hanya intai enter Post Buy di time frame 1 HR disebabkan Trend di time frame 4 HR adalah uptrend. Inilah yang di namakan Trade with the Trend with Higher Time Frame.

Skill Yang Diperlukan untuk Plot SnR Line guna Price Action

Cuba mahirkan tentang price action dan permudahkan Chart untuk kelihatan lebih simple. Saya berpendapat untuk TF 4 Hr terlalu banyak garisan support n resistance yang di lukis. Kita kena fokus pada significant price action (Peaks & Troughs).

p/s : significant peaks & troughs ialah bucu-bucu (price atau chart yang berbentuk U atau V atau bahasa lain price u turn) sama di atas atau dibawah yang jelas.

contoh plot snr pada bucu yang jelas

Tiada specific berapa banyak kah horizontal line yang perlu di plotkan / dilukiskan pada Chart. Semuanya bergantung kepada Significant Peaks & Troughs (Price Action). bahasa mudah, Support & Resistance yang jelas dan terang.

Untuk sesuatu setup, Contohnya uptrend. Pastikan PA mesti di mulakan dengan Low (L). Kemudian cari Significant Resistance yg pertama iaitu H (high). H mungkin hanya sekali retest atau mungkin 2 dan lebih retest. Lebih banyak retest menunjukkan lebih kuat Resistance tersebut. Sampai di Resistance yang kuat biasanya Price akan membuat retracement lalu membentuk HL (higher low). Price akan cuba sekali lagi memecahkan Resitance dan sekiranya berjaya breakout biasanya ia akan membuat New High atau New Resistance iaitu HH (higher high).

Breakout ini menunjukkan Trend semasa masih berterusan atau Valid. Jika Price gagal menembusi HH, biasanya ia akan membuat retracement ke Resistance terdahulu (H). Resistance itu akan bertukar fungsi menjadi Support (RBS/ HL). Inilah yang di namakan FENOMENA ROLE REVERSAL. Di sinilah masa terbaik untuk kita intai peluang memasuki post BUY di RBS (Resistance Become Support). Sebagai filter. di nasihatkan untuk enter post pada 2nd retest di SBR.

Sekiranya Price membuat retracement tetapi tidak sampai ke garisan/zone RBS, let it be, maksudnya tiada setup CSR100 di situ. Stop loss paling afdhal di letakkan beberapa pips di bawah RBS 1st retest. Sekiranya ianya HIT Stop Loss, let it be…. hanya minima LOSS saja.

Penutup

Berakhir sudah anda belajar teknik forex snr klasik ini. anda perlu praktis dan baca berulang-ulang sehingga anda faham. berbaloi untuk anda faham kerana ia sangat membantu anda dalam trading forex. teknik yang simple dan smart.

anda juga disarankan membaca posting dibawah ini kerana ia merupakan asas teknikal analisis yang wajib dikuasai selain support dan resistance dan trend. klik link post dibawah untuk baca.

praktis dan terus praktis untuk mahir. sebelum berakhir, jom layan nasihat dari Bro Vegas yang sangat bermakna ini :

“I am going to give you the only bit of professional trader advice”.

1). Investigate a method that you believe makes money over time and stick with it.

2). Try to understand the theoretical underpinnings of the model.

3). Trade small until totally convinced method works.

4). Your success [profits] comes from implementing the method correctly, not guessing where the market is headed.

5). Read number 4 again.

6). Give up thinking during market hours. Thinking comes when the machines are turned off, not in the heat of battle

Jika anda rasa topik atau teknik forex ini berguna untuk trader forex lain, jangan abaikan posting ini, sila klik butang fb dibawah untuk share dengan rakan-rakan anda.

1,488 total views, 1 views today

(Visited 24 times, 1 visits today)

1 thought on “Teknik Forex Snr Klasik csr100 Wajib Dikuasai Oleh Semua Trader”

Leave a Reply to joe Cancel reply