Tips Nak Follow Signal dan Analisa Trading Forex

Di luar sana, ramai trader-trader yang berpengalaman dalam trading forex yang menyediakan signal dan analisa forex sama ada secara percuma, bersyarat mahupun berbayar. kebanyakan provider signal forex ini mengenakan yuran dan syarat untuk signal mereka. terdapat pelbagai jenis signal forex yang disediakan sama ada Scalping, intraday dan swing trading.

Disini, kami ingin berkongsi dengan korang beberapa tips dan panduan bagaimana nak follow signal forex.

Signal Provider Yang Mempunyai Testimoni Yang Jelas

Topik menarik kalo nak bincang bab testimoni. Testimoni ialah salah satu kriteria yang penting untuk korang memilih Signal provider. Mempunyai banyak review atau testimoni yang jelas. sebagai contoh, review positif yang banyak dari facebook. Umum diketahui bahawa sekarang, facebook tidak membenarkan mana-mana individu mempunyai banyak akaun fb. kalau dulu boleh buat fake testimoni dengan mencipta akaun fb yang banyak dan komen sendiri memberi review yang positif. Sekarang tidak lagi, korang boleh try buat multiple akaun fb dengan satu device, x lama cepat akaun fb anda akan “disuspen atau diterminate oleh fb”.

Begitu juga dengan testimoni melalui video. kebanyakan review yang diberi melalui video tidak “seikhlas hati”. korang bayangkan pengajar atau signal provider interview dan rakam video, berani ke korang nak bagi review negatif signal diorg depan dia? ofkos lah korang akan cakap benda positif.

Bagaimana pula testimoni dari wasap atau telegram? pada kami, review dari 2 platform terutama telegram, boleh diragukan, nak nak pula yg jenis padam penuh no handphone. Walau bagaimana pun, tidak semua begitu.

Kalau tayang ss (screen shot) profit je. ini lagi fake, sape sape pun boleh create ss profit. jangan mudah terpengaruh dengan ss profit yang di tayangkan oleh signal provider. teknik testimoni paling ramai signal provider guna.

So testimoni atau review macam mana kah yang bagus?

Antara testimoni yang bagus ialah, ss sebelum profit (semasa entry) dan selepas entry. perhatikan no order nya, jika sama no order nya (ss sebelum dan selepas) memang cun. jika tidak sama, ternyata fake. Ss begini, sama ada akaun real atau akaun demo, itu tiada masalah. yang penting “sebelum dan selepas”

Individu yang pernah live trade dan konsisten profit yang menggunakan teknik trading yang sama dengan signal provider. yang lagi sangat-sangat cun.

Review positif dari orang ramai melalui facebook.

Tetap dan Stay dengan Satu Signal Provider

Sekarang ni cukup banyak chanel atau group signal forex yang diperkenalkan, sama ada berbayar atau percuma. korang tidak boleh follow semua group signal, ini kerana lain signal provider lain sistem tradingnya. Hal ini sama juga dengan teknik, makin banyak korang belajar teknik, makin keliru dan berserabut untuk korang buat keputusan dalam trading.

So, tetap dan istiqomah dengan satu signal provider sahaja.

Signal Intraday Atau Swing

Pilih Signal yang hanya fokus pada setup intraday atau swing sahaja. elakkan dari memilih signal scalping. Signal scalping biasanya korang x dapat kejar dan catch up signal tersebut. signal provider mintak korang Buy, korang buy. tetiba pulak korang rasa nak terber** , x dan 2 minat signal provider cakap tukar position, close buy masuk sell pulak. ahaa x ke naya. Signal scalping biasanya memang bermasalah untuk korang follow. dan yang paling penting, berdasarkan research, trader dari kalangan scalper tidak ada yang berjaya. So, boleh rejek awal-awal signal scalping ni. Signal scalping biasanya xde stoploss. kalau korang masih keliru dan x tahu apa itu Scalping, sila baca artikel Jenis Trader Forex Serta Kelebihan dan Kekurangannya.

Signal Wajib Ada Stop Loss

Sebelum join atau follow mana-mana signal forex, sama ada percuma, bersyarat atau berbayar, sila pastikan signal tersebut ada stop loss atau tempat exit entry. Ini penting supaya akaun trading anda tidak margin call jika signal tersebut tidak follow arah market. Jika tiada stoploss, please reject awal-awal. jangan tunggu lama-lama, nanti akaun korang akan MC

Take Profit mesti lebih besar dari stoploss

Setiap signal entry, mestilah target pips nya lebih besar dari risk (stop loss) atau sekurangnya sama antara take profit dengan risk. kriteria signal begini biasanya ada pada entry intraday dan swinger sahaja. jarang sekali ada pada Scalper, bahkan kami berani mengatakan scalper lansung tiada risk management yang bagus. jangan marah haaaa~~ ini bukan cakap saja. ini hasil research bukan main tembak k.

Reject awal-awal jika money management yang disarankan oleh signal provider melebihi 10% risk setiap entry.

Mula dengan Modal Kecil dahulu

Bila dah join group signal, jangan terus pump modal yang besar. sebolehnya mula dengan modal 10usd atau 100usd dahulu.

kadang kala signal provider meletakkan syarat depo yang besar seperti 500usd atau 1k usd terutama Signal provider bersyarat yang memerlukan korang register akaun dibawah affiliatenya. jika dia meletakkan syarat begini, sebolehnya lihat dulu testimoni dan review positif dari orang ramai.

Antara Signal Berbayar, Bersyarat dan Percuma yang mana lebih Bagus?

Sebenarnya mana-mana pun boleh. asalkan ada kriteria di atas. Kriteria yang paling penting ialah Testimoni positif dari orang ramai melalui fb.

Orait, sekian dulu dari kami, jika ada penemuan baru melalui kajian yang dijalankan bagaimana memilih signal provider, kami akan update disini.

Semoga perkongsian tips ini boleh membantu korang membuat keputusan untuk memilih signal provider. Jangan lupa share dengan rakan trader korang, semoga manfaatnya dapat dikecapi bersama.

318 total views, 1 views today

(Visited 66 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!