Cara Menjinakkan Burung Mudah dan Berkesan

Memiliki burung yang betul-betul jinak sememangnya menjadi impian para penternak burung terutama burung parrot, telatah dan gelagatnya yang mencuit hati sememangnya menghiburkan. disini saya ingin berkongsi dengan anda semua cara menjinakkan burung secara mudah dan berkesan.

Tips dan cara ini terpakai untuk semua jenis burung parrot. burung lain saya belum cuba.

Burung yang jinak dikenali juga sebagai Free Fly. iaitu tidak lari terbang walaupun kita mendekatinya. free fly terbahagi kepada dua iaitu Outdoor dan Indoor.

Free Fly Indoor : Burung hanya bermain di dalam rumah sahaja. dipanggil ia datang, suka bertengek dengan tuannya, manja dan sangat menghiburkan.

Free Fly Outdoor : burung memerlukan latihan yang konsisten setiap hari. free fly jenis ini anda boleh bermain dengannya diluar rumah. biarkan dia terbang secara bebas. bila penat terbang atau dipanggil, ia akan hinggap di tangan kita. jom kita usha bagaimana cara untuk menjinakkan burung.

Suapkan Anak Burung Ketika Kecil

Pertama sekali anda anda perlu membelanya dari kecil. paling selamat bela ketika berumur 10 hari atau 14 hari. anda boleh dapatkan anak burung dengan breeder-breeder yang anda kenal. anak perlu suapkanya dengan makanan khas untuk anak burung sepertu Kaytee atau lain-lain. ada juga yang menggunakan Nestum baby campur roti kering yang telah diblend dan di campur dengan sedikit air, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. suapkan dengan sudu plastik kecil atau syringe (picagari).

Burung cepat membesar, dalam usia 40 hari sudah boleh terbang.

pada permulaan, anak burung memang agak sukar untuk makan, jangan risau, letakkan sedikit makanan dimulutnya bagi dia rasa dulu. biarkan dia lapar sekejap dalam 3 hingga 4 jam, letak sekali lagi dimulutnya, ketika dia lapar anda akan dapat lihat ia akan makan dengan gelojoh suapan anda. ini adalah tanda positif untuk jinak.

Pastikan temboloknya penuh dan kembang untuk pastikan ia telah kenyang atau ia akan stop sendiri makan suapan anda ketika ia telah kenyang. pada usia 14 hari rutin makannya ialah 4-5 kali sehari.

Sediakan Bekas Khas Untuk Anak Burung

Bekas khas ini supaya anak burung anda selamat dari cuaca sejuk dan ancaman seperti tikus kucing dan sebagainya. peralatan yang anda perlukan ialah:

  1. Mentol Oren 10 watt
  2. Bekas khas yang lutsinar bebas udara keluar masuk seperti akuarium ikan plastik
  3. Setokin atau kain untuk balut mentol
  4. Habuk kayu atau hamster

Mentol 10 watt disaluti dengan stokin yang diletakkan dalam bekas khas seperti akuarium berfungsi sebagai penghangat anak burung. anak burung yang masih belum habis tumbuh bulunya akan mudah kesejukan. jika terdedah lama dengan sejuk, anak cepat kena penyakit dan mati tanpa sempat membesar. selain itu mentol tersebut juga berperanan untuk mengawal kelembapan. bekas yang mengandungi habuk kayu senang lembab tanpa mentol tersebut dan ia boleh menyebabkan anak burung mudah kena jangkitan dan mati jika tempatnya terlalu lembap.

Mentol dinyalakan diwaktu malam atau cuaca mendung dan sejuk, pasang sekejap-sekejap lebih kurang sejam kedua jam pada waktu tengah hari dan off sekejap selama sejam atau dua jam kemudian pasang semula sejam ke dua jam begitulah seterusnya. waktu tengah hari xperlu risau sangat kadang kala saya hanya nyalakan pada waktu pagi, petang sekejap dan malam. jika anda tidak mahu pasang mentol, makesure tempat tersebut tidak sejuk dan bebas udara.

Habuk Kayu diletakkan dalam bekas berperanan mengawal kelembapan (saya lebih suka guna kain walaupun tidak digalakkan) letak sedikit makanan seperti milet dalam bekas tersebut supaya ia boleh belajar makan sendiri. habuk kayu perlu disalin setiap hari.

begitulah rutin harian yang perlu anda buat, tidak terlalu sukar dan lama. usia 40 hari burung sudah membesar dan tidak leceh lagi untuk menjaganya.

Latih Anak Burung Semenjak Kecil

Jinak @ free fly terbahagi kepada dua iaitu Free Fly Indoor dan Free Fly Outdoor. Indoor membiarkan burung anda bebas terbang didalam rumah sahaja manakala Outdoor bebas terbang diluar rumah dan datang semula ketika namanya dipanggil.

Free Fly Indoor

Jika anda hanya fokus untuk free fly indoor sahaja, cukup sekadar anda memanggil namanya sahaja ketika hendak suap ia makan. selalu pegangnya ketika hendak menyuap, jangan suap dalam bekas yang dia duduk.

Free Fly Outdoor

Jika anda fokus pada Free fly outdoor, anda perlu disiplin melatihnya.

Apabila ia sudah mampu berjalan, ketika mahu menyuapnya, letakkan jauh sedikit dari anda 2 kaki atau 3 kaki jarak dari anda, panggil namanya ketika waktu makan biarkan ia berjalan kepada anda. beri beberapa suap dan ulang lagi langkah seperti diatas sehingga ia kenyang.

Begitu juga apabila ia mula belajar terbang. letak jauh sedikit dari anda, panggil nama untuk suap ia makan biarkan dia terbang kepada anda. beri beberapa suap dan ulang lagi langkah tersebut.

ubah suai kedudukan burung ketika mahu memberinya makan. kadang kala letakkan ia ditempat tinggi atau di tempat rendah (anda lebih tinggi dari anak burung) biar ia terbang turun atau naik hinggap ke tangan anda lalu beri ia makan. ulang langkah tersebut sehingga ia terbiasa.

free fly out door memerlukan komitmen, masa dan disiplin yang tinggi untuk melatihnya.

ketika anda mahu free fly diluar rumah, pastikan burung tidak dalam keadaan kenyang yang amat dan bebas dari segala ancaman diluar sana seperti bebas dari burung helang, gagak kapal terbang, helikopter dan lain-lain.

burung yang terlalu kenyang akan khusyuk bermain diluar dan akan terbang jauh dari anda sehinggakan anda memanggil ia tidak dengar.

Burung saya ialah burung Lovebird. namanya Mey. gambar yang ada dalam ni ialah mey. dilatih untuk free fly outdoor. pernah 2 kali terlepas dan balik semula. pertama kali terkejut dan lari dari helikopter kerana free fly dikawasan padang yang memang heli park kat situ, kedua kat rumah terkejut dengan burung merpati yang landing dengan tiba dan esoknya pulang semula.

time nak tido selalu datang bertengek tido sebelah

Kini Mey dah xde, sendiri cuai lupa nak tutup kipas dalam rumah. kene libas ngn kipas yang dipasang no 5 terus meninggal.

Latihan seperti yang dinyatakan di atas adalah terpakai oleh semua burung parrot.

Selalunya burung yang kita bela dari kecil yang terlepas atau terbang jauh, akan balik semula mencari tuannya ketika ia lapar.

jangang lupa join (klik utk join) Group Burung LoveBird Malaysia dan Grup Burung Baji Malaysia mungkin ada tips lain yang kita boleh berkongsi.

Orait sekian dulu perkongsian cara menjinakkan burung yang tidak seberapa ini, moga bermanfaat untuk saya dan untuk anda juga.

615 total views, 2 views today

1 thought on “Cara Menjinakkan Burung Mudah dan Berkesan”

Leave a Comment