4 Kelebihan Ada Website atau Blog Kepada Individu

Anda semestinya tertanya-tanya apa kelebihan ada website atau blog ni. Bukan ke buang masa je buat website ni. Ahaa mungkin anda salah seorang yang berfikiran begini lebih-lebih lagi kepada individu atau peniaga yang berniaga. Buat apa ada website fesbuk kan hado…. Saya katakan jika anda masih berfikiran begini, anda sebenarnya belum faham dan masih buta akan kelebihan ada website atau blog. Jika anda seorang peniaga, tidak keterlaluan jika saya mengatakan anda sebenarnya wajib ada website atau blog. Ketahui kelebihan ada website atau blog dengan meneruskan pembacaan anda di posting ini. Anda pasti teruja bila sudah tahu 4 Kelebihan ada website atau Blog Kepada Individu.

p/s: Apa beza website atau laman web dengan blog? Sebelum kita diskus lebih lanjut perbezaan  antara website dan blog, lets say website ialah blog blog ialah website supaya tidak memeningkan kepala anda. Back to the topic. Ok mari kita lihat

4 Kelebihan ada website atau blog kepada individu

1. Pahala Sharing.
Setiap posting blog anda yang mempunyai maklumat berguna dan bermanfaat sebenarnya secara tidak lansung anda sedang berkongsi maklumat dan info kepada orang ramai. Posting anda yang penuh dengan informasi berguna tersebut mampu dibaca oleh sesiapa sahaja yang anda share. Posting anda juga sangat berpotensi muncul di google search engine jika ada orang cuba mencari informasi di google. Jadi dengan kata lain, anda telah pun mendapat pahala sharing jika ada orang jumpa dan baca posting artikel anda yang sangat bermanfaat.

2. Penyampaian yang lebih mudah dan berkesan.
Menyenangkan anda untuk berkongsi artikel serta maklumat dengan orang ramai tanpa kehilangan jejak maklumat tersebut. katakan anda share maklumat anda di fesbuk atau group fesbuk, sebulan kemudian ada individu atau anda sendiri ingin mencari semula artikel yang pernah anda share tersebut, jika anda skroll balik fesbuk anda memang tidak jumpa lah nak cari, jenuh tu nak skroll jauh-jauh. Sungguh mudah untuk akses semula artikel tersebut, hanya masuk je ke website anda semula dan cari, confirm jumpa. Semudah ABC, senang dan lebih efektif dalam menyampaikan maklumat

3. Tidak memerlukan modal untuk anda bina website atau blog.
Untuk anda bermula buat website atau blog, anda sebenarnya boleh bermula tanpa mengeluarkan sebarang modal satu sen pun. Iaitu buat website dengan menggunakan platform Blogspot atau lain-lain. Zero Kos. Baca juga Keperluan untuk Buat Website atau Laman Web

4. Dapat Menjana Income Sampingan yang Konsisten.
Sudah pasti anda tertunggu-tunggu perkara ini. Ya sudah pasti siapa yang tidak mahu duit kan? Ya website atau blog juga mampu menjana income sampingan atau utama untuk anda. Jangan tidak percaya ada individu yang tidak bekerja mereka hanya menjana income dari blog sahaja dan inilah yang dikatakan SILENT MONEY MAKER. Part ini saya akan ulas dan ajar anda bagaimana anda juga mampu menjana income dengan blog.

Itulah 4 kelebihan ada website atau blog kepada individu. Pendek kata, pahala anda dapat, income pun anda dapat

Post yang berkaitan:

149 total views, 1 views today

(Visited 18 times, 1 visits today)

Leave a Comment

error: Content is protected !!