5 Kelebihan Ada Website atau Blog Kepada Peniaga

Terlalu banyak kelebihan ada website dan blog. Mari kita lihat 5 kelebihan ada website atau blog kepada peniaga

5 Kelebihan Ada Website atau Blog Kepada Peniaga

1. Maklumat perniagaan atau Produk Lebih Mudah disampaikan.

Segala maklumat produk atau perniagaan anda lebih mudah disampaikan atau dikongsi dengan bakal pelanggan. contohnya, kegunaan produk, cara mengguna produk, maklumat detail produk anda, cara nak beli dan lain-lain. Dengan ada website atau blog, anda dengan mudah mampu sampaikan maklumat ini kepada bakal pelanggan anda hanya dengan berikan link website kepada pelanggan anda.

Bayangkan jika 8 orang pelanggan anda wassap  anda  serentak bertanyakan hal produk anda, sure naik pening anda nak jawab  satu-satu, jadi dengan adanya website atau blog, just berikan link web anda sahaja untuk mereka explore maklumat produk anda.

2. Anda Lebih Advance Dan Serius Dalam Berniaga di Kaca Mata Pelanggan.

Dengan adanya website, anda telah maju beberapa langkah dari pesaing anda yang tiada website. Anda akan kelihatan lebih bersungguh untuk berniaga dan nampak lebih profesional di kaca mata bakal pelanggan anda.

3. Mudah dan Mampu dicapai oleh jutaan bakal pelanggan.

Dengan adanya website, maklumat produk perniagaan anda mampu dicapai oleh jutaan pengguna internet dari seluruh dunia tanpa had dan sempadan. Bahkan bintang bola sepak Cristiano Ronaldo pun boleh survey produk anda. Kos untuk buat website pula ada yang zero kos, anda boleh baca Keperluan Buat Website atau Laman Web

4. Memudahkan anda Bina Trade Mark atau Branding.

Dengan adanya website, anda lebih mudah untuk bina Brand perniagaan anda. Menjadi lebih mudah penyampaian dari mulut ke mulut mengenai perniagaan anda. Sebagai contoh, anda share link laman website perniagaan di fesbuk, orang berkongsi website anda hanya dengan menekan butang share di fb sahaja dan mampu dicapai oleh ribuan pengguna Fesbuk setiap hari.

5. Marketing Percuma

Website boleh diibaratkan sebagaj Kedai Online anda. Kedai yang terapung di internet dan hanya menuggu untuk ditarik oleh pengguna jika ada yang mengguna search engine seperti google untuk search sesuatu maklumat, maklumat produk anda berpotensi untuk terpapar di page google.

Mari kita lihat contoh supaya anda lebih jelas. katakan anda mempunyai website makanan seafood di Rompin pahang, dan ada pelancong bernama Abu dari perak yang melancong di Rompin pahang dan dia teringin makan seafood di Rompin Pahang. Maka Abu pun google lah makanan seafood di Rompin pahang, dengan carian ini, website kedai anda berpotensi dicapai oleh Abu. bila si Abu dah dapat maklumat, anda hanya menunggu Abu datang ke kedai anda sahaja. Mudah, marketing free of charge dan 100% targeted.

Itulah 5 Kelebihan ada Website atau Blog Kepada Peniaga. Pentingnya website ini jika anda pernah hadir kursus-kursus marketing dari top-top sifu, saya berani jamin mereka pasti akan menekankan bahawa anda wajib memiliki website. Cuba anda bayangkan Jika company gergasi seperti KFC TNB Maxis yang sudah kukuh dan dikenali ramai pun ada website, apatah lagi kita yang kerdil ini.

Post berkaitan:

155 total views, 1 views today

(Visited 19 times, 1 visits today)

1 thought on “5 Kelebihan Ada Website atau Blog Kepada Peniaga”

Leave a Comment

error: Content is protected !!